‘Bulu roma naik, menangis dengar ucapan’, Noh Salleh anggap perarakan Palestin di Sydney momen terbaik

Vokalis Hujan itu berkesempatan menyaksikan perarakan menuntut pembebasan Palestin sewaktu mengadakan persembahan di negara tersebut

1:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Vokalis Hujan, Noh Salleh tidak menyangka penglibatan kumpulan muziknya dalam persembahan kedua di Sydney, Australia tahun ini memberi pengalaman baru buat dirinya.

Mana tidaknya, ketika berada di sana, dia berkesempatan menyaksikan perarakan menuntut pembebasan Palestin yang diadakan di Sydney Town Hall.

Noh dan Hujan ketika menjayakan persembahan SXSW Sydney 2023 Touchdown di Taman Tumbalong, Sydney, Australia pada 19 dan 20 Oktober lalu. – Gambar Instagram Noh Salleh dan Hujan, 22 Oktober, 2023

“Perarakan berlangsung tepat pada jam 1 petang, dan masa baru menunjukan masa 12 tengah hari. Sempat menyaksikan bagaimana persiapan perarakan Palestin dilakukan, dari sunyi sampailah ia dihadiri 15, 000 peserta.

“Bulu roma naik. Benar-benar bulu roma naik apabila mendengar semua orang melaungkan kata-kata Free Palestine! dan sebagainya,” katanya menerusi satu perkongsian di Instagram miliknya.

Menurutnya, dia menangis sepanjang waktu ketika mendengar ucapan dari pewakilan komuniti Palestin, Yahudi dan puak orang Asli yang terlibat secara langsung dalam perhimpunan tersebut.

“Perarakan kesedaran pembebasan Palestin ini memang benar-benar memberi impak kepada saya. Saya menangis sepanjang berlangsungnya ucapan.

“Ucapan wakil dari komuniti Palestin, Yahudi dan puak Orang Asli memberikan kata-kata realiti. Kesemua mereka ini pernah melalui penindasan dan dikolonisasi oleh mesin sampah yang sama. Jelas, padat dan membara,” katanya.

Noh mengakui pengalaman melihat perarakan memperjuangkan Palestin di Australia momen terbaik dalam hidupnya. – Gambar Instagram Noh Salleh dan Hujan, 22 Oktober, 2023

Noh juga mengakui berjalan bersebelahan dengan pelbagai bangsa yang tinggal di Sydney sama ada Yahudi, Kaukasia, Filipina, China, Korea, Arab dan Indonesia merupakan pengalaman hebat.

“Semua dengan satu misi yang sama, melaungkan kata-kata yang penuh semangat dan ikhlas. Semua orang sangat baik antara satu sama lain dan saling membantu. Situasi itu seperti melihat dunia sedang berpelukan dan berpegangan tangan erat.

“Aku rasa ini adalah trip (kunjungan) Hujan yang terbaik. Malah ini adalah momen hidup aku yang terbaik,” katanya lagi.

Noh bersama Hujan untuk menjayakan persembahan SXSW Sydney 2023 Touchdown di Taman Tumbalong, Sydney, Australia pada 19 dan 20 Oktober lalu.

Selain Hujan, kumpulan Pop Shuvit turut diundang untuk memeriahkan persembahan itu. – 22 Oktober, 2023

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related