Solidariti Palestin: Umie Aida rancang perhimpunan besar-besaran, ‘kita mahu beri kesedaran kepada semua…’

Dalam majlis Perjuanganmu Palestine yang diadakan petang semalam, Umie Aida melalui NGO miliknya, MusollahAisya berjaya kumpulkan dana sebanyak RM25,000 ribu

8:58 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Biarpun hanya melakukan persiapan kurang daripada empat hari, penerbit dan pelakon, Datin Seri Umi Aida memanjatkan kesyukuran apabila majlis Perjuanganmu Palestine anjuran NGO miliknya, MusollahAisya berjaya mengumpul dana RM25,000.

Menurut Umie Aida, acara diadakan di Taman Melawati, Hulu Kelang, semalam, sebagai menunjukkan solidariti bersama Palestin.

Adik kepada pengarah filem Erma Fatima itu juga memberitahu, acara berkenaan sememangnya dikhususkan untuk golongan wanita daripada pelbagai industri kreatif hiburan dan memfokuskan bacaan doa, bacaan Surah Yasin serta doa Qunut Nazilah.

“Saya fokus kepada wanita kerana golongan ibu adalah madrasah terbesar buat anak-anaknya. Apabila wanita itu berilmu, maka dia akan turut mendidik anaknya dan lahirlah generasi berilmu serta beradab,” katanya.

Umie Aida berkata, acara itu juga bertujuan mengajak orang ramai bersuara menerusi platform media sosial bagi meluahkan ketidakpuasan hati mereka dengan kezaliman yang berlaku di Palestin.

Umie Aida bersama sebahagian daripada 350 orang wanita yang menyertai majlis Perjuanganmu Palestin – Gambar ihsan Umie Aida, 21 Oktober, 2023

“Golongan artis serta pempengaruh, terutama yang mempunyai pengikut ramai, perlu memainkan peranan untuk bersuara di media sosial dan memberi kesedaran mengenai apa sebenarnya berlaku di Gaza ketika ini.

“Kalau kita lihat reaksi kebanyakan pemimpin dunia, rata-ratanya mengutuk tindakan Israel yang tidak berperikemanusiaan. Tetapi, apakah tindakan dilakukan mereka?

“Jadi, melalui acara ini, kita cuba menyatukan umat Islam dengan doa, bacaan Yasin serta Qunut Nazilah. Ia adalah senjata paling tajam orang mukmin dan pasti Allah SWT akan memakbulkannya.

“Sebab kita tidak mampu untuk buat apa-apa. Kita bukan boleh pergi perang. Tapi, doa adalah suatu perkara yang harus kita buat setiap hari dan setiap waktu,” katanya.

Umie Aida juga berharap agar semua ketua majlis agama menyuarakan kepada pihak stesen televisyen supaya mewujudkan siaran langsung bacaan Yasin pada setiap pagi secara konsisten.

Umie Aida bersama Ustazah Asni Mansor dan Hana Ismail – Gambar ihsan Umie Aida, 21 Oktober, 2023

“Bahkan, saya ingin sarankan kepada semua masjid di seluruh Malaysia untuk melakukan solat hajat secara besar-besaran.

“Ia adalah perkara sewajarnya yang kita patut lakukan kerana saudara kita di sana (Palestin) sedang berada dalam keadaan genting,” tambahnya.

Jelas Umie Aida, apa dilakukan menerusi NGO miliknya yang diasaskan sejak tiga tahun itu, usaha yang kecil.

“Insha-Allah, saya, Erma Fatima, Datin Heliza Helmi serta beberapa orang artis lagi akan merancang mengadakan perhimpunan besar-besaran di mana semua NGO akan bergabung untuk mencapai matlamat sama tetapi dalam skala lebih besar.

“Kita mahu beri kesedaran kepada semua betapa pentingnya kita dalam isu Palestin. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Persaudaraan seluruh Muslim, umpama seluruh jiwa tinggal dalam satu jasad. Di mana jika satu bahagian terluka, maka seluruh tubuh akan rasa sakit,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Umie Aida berkata, MusollahAisya turut memberikan pengajian Fardu Ain mengenai ilmu Tauhid dan Tasawwuf serta Sirah secara percuma. – 21 Oktober, 2023

Topics

Popular

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Punk venue Rumah Api faces relocation amid financial struggles, festival fallout

After eight years of operating on the top floor of Menara MPAJ in Ampang Jaya, local punk music venue Rumah Api will be relocating later this year due to increased rental and related arrears that accumulated during the Covid-19 pandemic.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Related