Mahkamah Tinggi Bombay tolak rayuan pekerja filem untuk sekat artis Pakistan bekerja di India

Mahkamah menolak petisyen tersebut atas alasan ia adalah langkah mundur untuk mempromosikan keharmonian budaya

3:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Bombay menolak petisyen rayuan pekerja filem di India untuk menyekat artis Pakistan sama ada pengarah, pelakon, penyanyi mahupun pemuzik untuk bekerja di negara tersebut.

Petisyen yang difailkan pada Selasa lalu itu juga meminta agar larangan visa dan sekatan bekerja terhadap kesemua artis Pakistan dilaksanakan dengan segera.

Bagaimanapun, Hakim Sunil B Shukre dan Hakim Firdosh P Pooniwalla menolak petisyen tersebut atas alasan ia adalah langkah mundur untuk mempromosikan keharmonian budaya, perpaduan dan keamanan.

Mahkamah juga berpendapat petisyen tersebut tidak mempunyai merit, malah bertentangan dengan tindakan dan langkah positif kerajaan India dalam mempromosikan keamanan dan keselamatan antarabangsa.

Memetik kenyataan Live Law, mahkamah berkata, jika rayuan tersebut diambil kira dan dilayan oleh undang-undang, maka ia akan menjejaskan langkah positif baharu yang diambil kerajaan terbabit.

Buktinya, selepas beberapa tahun, pemain kriket Pakistan dapat beraksi dan bermain kriket di India sewaktu Piala Dunia Kriket (ICC) 2023 yang berlangsung di negara itu.

Sementara itu, laporan News18 pula menyebut, mahkamah memutuskan, aktiviti mempromosikan keamanan, keharmonian dan ketenangan termasuk seni halus, muzik, sukan, budaya dan tarian, melangkaui sempadan negara dan menyumbang kepada perpaduan serta keharmonian sejagat.

Keputusan itu sedikit sebanyak melegakan peminat industri hiburan di India terutama mereka yang amat meminati serta menghargai hasil kerja artis Pakistan.

Bahkan, ia juga memberi peluang kepada beberapa artis terkenal Pakistan seperti Mahirah Khan dan Fawad Khan untuk berlakon dalam drama dan filem di India. – 21 Oktober, 2023

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

How is a ham sandwich ‘halal’? Akmal Saleh slams KK Mart outlet on UM campus

Umno Youth Chief says university students have lodged police reports over sandwich bearing halal stamp

Related