Budin mestilah tak happy Wan Ismail Golok kahwin dengan Lucy tapi ia bukan satu kejutan: Imuda

Menurutnya, Angeline memberi lebih perhatian kepada Sabri berbanding rakan lain dalam sitkom itu

12:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu arahan Othman Hafsham, watak gadis Cina bernama Lucy yang dilakonkan Angeline Tan, sentiasa menjadi dambaan sekumpulan jejaka di kawasan Flat Seri Wangi.

Jejaka-jejaka tersebut adalah Ravi lakonan Sathiya, Sabri Yunus (Wan Ismail Golok), Imuda (Budin), Sulaiman Yassin (Mat Over) dan Allahyarham Ahmad Busu (Mat Deris).

Namun, siapa sangka di antara kesemua jejaka itu, Wan Ismail Golok berjaya memiliki Lucy di dunia nyata.

Selain berlakon, Imuda cukup aktif sebagai kartunis dan pelukis. – Gambar Imuda, 21 Oktober, 2023

Scoop cuba mendapatkan pandangan Imuda yang aktif dengan kegiatannya sebagai kartunis dan pelukis mengenai perkara itu.

“Kalau tanya Budin, mestilah Budin tak happy (gembira) apabila Wan Ismail Golok kahwin dengan Lucy sebab Budin pun pernah mengurat Lucy juga,” katanya dalam nada berseloroh.

Bagaimanapun, kata Imuda, dia dan beberapa rakan lain cukup gembira menerima perkhabaran tersebut.

“Kami tumpang gembira. Tahniah buat Sabri dan Angeline,” katanya yang turut menghasilkan komik Pi Mai Mai Tang Tu edisi khas sempena ulang tahun ke-40 tahun sitkom itu.

Kata Imuda lagi, berita perkahwinan pasangan itu bagaimanapun bukan satu kejutan buat mereka.

Komik Pi Mai Mai Tang Tu edisi khas sempena ulang tahun ke-40 tahun sitkom itu sentuhan Imuda. – Gambar Imuda, 21 Oktober, 2023

“Sebabnya, sejak dari dulu lagi, Sabri dan Angeline memang berkawan baik. Angeline memang baik dengan pelakon lain.

“Tapi, kalau dengan Sabri, perhatian dia memang lebih sikit. Senang cakap kalau perhatian untuk kami semua 20 peratus, perhatian untuk Sabri pula 25 peratus.

“Dan sejak dua tiga tahun kebelakangan ini, mereka memang bertambah rapat. Kami tidak bertanya apa-apa tentang status hubungan mereka dan mereka pun tidak berkata apa-apa,” katanya.

Bagaimanapun, Imuda berkata, melihat keakraban Sabri dan Angeline, mereka tahu pasangan itu lebih daripada sekadar kawan biasa.

“Tapi, melihat keakraban mereka berdua, kami masing-masing faham. Mereka dalam fasa lebih daripada kawan biasa dan akhirnya berkahwin,” katanya.

Dalam perkembangan terbaharu, Imuda kini sedang menjayakan penggambaran drama untuk tayangan sempena Aidilfitri tahun depan. – 21 Oktober, 2023

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

Related