Tak perlu rasa ‘insecure’ dengan saya, semuanya tentang kepercayaan: Sophia Albarakbah

Itu respons pelakon jelita tersebut apabila ada isteri-isteri aktor tidak membenarkan suami mereka berlakon dengannya

8:49 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Nama pelakon jelita, Sophia Albarakbah, 30, sering kali dihimpit kontroversi mempunyai hubungan dengan pelakon berstatus suami orang.
 
Disebabkan itu, khabarnya isteri-isteri pelakon lelaki di negara ini mula bimbang sekiranya suami mereka digandingkan dengan Sophia.

Malah sudah ada yang melarang suami mereka daripada berlakon dengannya.
 
Sophia berkata, tiada apa yang perlu dirisaukan oleh isteri-isteri aktor yang bergandingan dengannya. 
 
“Tak perlu rasa insecure (tak selamat) dengan saya. I’m just a normal girl and human being (Saya hanyalah gadis normal dan manusia biasa).
 
 “Saya sentiasa profesional ketika bekerja. Apa sahaja yang berlaku di set semuanya hanya lakonan semata-mata. 
 
“Jadi tak perlu rasa takut dengan saya. Saya bukan ancaman. In the end (Akhirnya), semuanya tentang kepercayaan. Pasangan kenalah percaya pasangan masing-masing,” katanya ketika ditemui Scoop di sesi tayangan episod akhir drama From Saga With Love terbitan Viu Malaysia di sini, baru-baru ini.’
 
Bercerita mengenai drama From Saga With Love yang bakal mengucapkan selamat tinggal kepada penonton minggu ini, Sophia berkata, dia lega kerana tiada gosip mengaitkan dirinya dengan pelakon berstatus suami orang kerana digandingkan dengan Fimie Don.
 
“Saya rasa lega sangat akhirnya saya dapat fokus pada karier seni saya,” katanya.
 
Drama From Saga With Love merupakan drama nombor satu pilihan penonton di platform penstriman Viu Malaysia ketika ini.
 
Ditanya adakah dirinya sering terpalit kontroversi menjadi salah satu penyebab drama itu ditonton ramai, Sophia berkata, drama tersebut mempunyai kekuatannya sendiri.
 
“Jalan cerita drama ini memang bagus, bukan sebab kontroversi. Lagipun saya percaya orang tak akan tengok sebab kontroversi semata-mata. Mereka akan melihat bakat. Bakat melebihi segalanya,” katanya.
 
Sophia kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem Saka Perawan dan akan memulakan penggambaran filem Harimau Malaya : The Untold Journey bergandingan bersama Meerqeen tidak lama lagi. – 20 Oktober, 2023

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related