Wanita dakwa aktor popular dan kacak hamilkannya, enggan bertanggungjawab

Tular di media sosial apabila seorang wanita telah mendedahkan onar seorang aktor popular yang didakwa telah menghamilkannya namun enggan bertanggungjawab

5:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Seorang wanita mengejutkan dunia hiburan tanah air apabila mendakwa dirinya telah dihamilkan oleh seorang aktor popular tanah air dan pendedahan itu dibuat menerusi aplikasi media sosial TikTok.

Menurut wanita berkenaan, aktor kacak yang lahir daripada program pencarian bakat remaja itu telah menghamilkannya dan kini teman wanita terbaru aktor berkenaan turut mengalami nasib yang sama.

“Dia telah hamilkan saya tetapi enggan bertanggungjawab. Perkara yang sama berlaku pada teman wanitanya.

“Berhentilah berpura-pura. Usah berlagak baik. Kalian akan terkejut jika tahu apa yang telah dilakukannya.

“Wajah yang baik tidak mencerminkan perwatakan yang mulia. Saya dah tak tahu nak buat macam mana untuk selesaikan masalah ini dengannya” dedah wanita berkenaan.

Disebabkan pendedahan berani mati itu, ramai netizen yang menuduh wanita berkenaan sengaja ingin mencari publisiti namun dia membidas dakwaan tersebut.

“Tolonglah fikir guna akal. Kalau aku nak popular dengan cara ini atau buat fitnah, aku tak akan dapat apa-apa kecuali kebencian.

“Tetapi apa yang saya katakan adalah fakta. Saya ada semua bukti. Saya tidak mahu dedahkan semuanya kerana ada alasan tersendiri.

“Saya mahu dia bertanggungjawab. Tetapi dia terlampau sibuk dengan kekasih barunya. Malah dia mencabar untuk dedahkan video saya jika saya dedahkan perkara ini. Berhentilah menipu!” jelas wanita itu.

Wanita tersebut turut mendedahkan mesej salah seorang netizen yang turut melalui pengalaman diajak oleh aktor berkenaan untuk ke rumahnya.

Pendedahan ini telah mendapat perhatian netizen bukan sahaja di TikTok tetapi di platform media sosial lain seperti X dan Facebook.

Sehingga kini, aktor berkenaan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan biarpun nama dan wajahnya telah didedahkan oleh wanita tersebut. – 18 Oktober, 2023

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related