Kecewa tindakan Anuar eksploitasi etnik Mah Meri, Tok Batin buat laporan polis

Beberapa pengamal seni dan budaya dalam kalangan komuniti Orang Asli turut menggesa pereka fesyen itu membuat permohonan maaf

11:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tindakan pereka fesyen, Anuar Faizal ‘meraikan budaya’ etnik Mah Meri dalam pertunjukkan fesyennya pada 6 hingga 8 Oktober lalu nampaknya mengundang padah.

Koleksi rekaannya bukan sahaja mengguris hati masyarakat dan aktivitis Orang Asli bahkan didakwa mengeksploitasi budaya dan sensitiviti mereka.

Menyifatkan pereka fesyen tersebut sebagai tidak menghormati adat Mah Meri, beberapa pengamal seni dan budaya khususnya dalam kalangan komuniti Orang Asli mewujudkan petisyen dengan pautan untuk menyatakan kekecewaan mereka serta menggesa Anuar membuat permohonan maaf.

Melalui petisyen yang dimuatnaik aktivis Orang Asli, Shaq Koyok di Instagram miliknya, beberapa penyalahgunaan budaya dan penggayaan yang tidak sesuai disenaraikan.

Antaranya, tema Mah Meri itu sendiri sebagai nama koleksi fesyennya serta penggunaan hashtag #MahMeribyAnuarFaizal di pelantar media sosialnya.

Kesalahan lain termasuk penggunaan ‘topeng semangat’Mah Meri yang dipakai dan diperagakan model tidak berbaju ketika pertunjukan fesyen serta menggunapakai nama keseluruhan kelompok etnik tersebut.

Menurut Shaq Koyok lagi, Anuar mendakwa telah bekerjasama dengan komuniti tersebut selama lebih tiga tahun dan mendapat inspirasi daripada budaya mereka.

“Walaupun ia boleh menjadi usaha yang cukup mengagumkan dalam meraikan budaya Orang Asli, ia jadi bermasalah apabila ‘topeng semangat’ Mah Meri itu kemudiannya digayakan oleh model bukan dari masyarakat Mah Meri sendiri dalam keadaan tidak berbaju.

“Bagi masyarakat Orang Asli secara amnya, tindakan ini dianggap sebagai salah ambil guna budaya dan penyalahgunaan objek kerohanian dan budaya, sekali gus menyempitkan kedudukannya hanya sekadar atas nama fesyen,” katanya.

Bahkan, Anuar turut menyatakan bahawa beliau bekerjasama dengan sebuah akaun Instagram @orangasliart.

“Untuk makluman, terdapat dua pusat di Pulau Carey iaitu Pusat Kraf Orang Asli Sungai Bumbum, yang digerakkan warga kampung serta Mah Meri Cultural Village yang dimiliki pihak persendirian.

“Namun, Anuar tidak menyatakan dengan menyeluruh tentang kerjasamanya melibatkan dua pusat yang berlainan ini.

“Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung Orang Ai ( KOA) Sungai Bumbun, Azman Sap memaklumkan bahawa ketua kampung, pengukir serta orang kampung tidak mengetahui tentang proses kerjasama dengan pereka fesyen itu serta karyanya,” katanya.

Katanya lagi, Anuar juga memaklumkan bahawa kerjasama beliau dengan komuniti Mah Meri dan ketua mereka bermula dengan kolaborasi tripART bersama CIMB, CENDANA dan Yayasan Hasanah pada 2021.

Manakala, untuk pertunjukan fesyennya baru-baru ini beliau bekerjasama rapat dengan CIMB, Universiti Limkokwing, Locco.my dan Keretapi Sarong untuk menjayakannya.

“Selaku yayasan serta institusi yang mendakwa bekerjasama dengan komuniti terpinggir dan minoriti, cukup menggusarkan untuk entiti sebegini membenarkan perkara ini terus berlaku dan berdiam diri.

“Sebagai pengamal seni dan budaya, kami khuatir bagaimana agensi yang mengaku sebagai pelopor serta penegak budaya ini hanya masih berdiam diri dalam soal ini. Apakah makna semua ini kepada industri kita?” soalnya.

Dalam perkembangan lain, beberapa ahli komuniti Orang Asli Mah Meri Sungai Bumbum di Pulau Carey, Kuala Langat membuat laporan polis terhadap koleksi rekaan terbaharu Anuar.

Laporan polis itu dibuat oleh Azman di Balai Polis Telok Panglima Garang, Hulu Langat pada jam 1 tengah hari semalam.

Laporan itu dibuat kerana tindakan Anuar dianggap sebagai mempersedandakan tradisi turun temurun mereka.

Selain Azman, turut hadir ke balai berkenaan adalah Tok Batin, Sidin Bujang; ketua kumpulan tarian Mah Meri, Maznah Unyan; guru ukiran kayu, A Samri Abd Rahman dan pengukir kraf kayu, Kemi Khamis. – 12 Oktober, 2023

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Related