Jada dedah Chris Rock ajak ‘dating’ ketika gosip perceraiannya dengan Will Smith

Aktres itu turut mendedahkan dia dan Smith sudah tinggal berasingan, beberapa tahun sebelum tercetusnya insiden lempang di Anugerah Oscar pada 2022

7:42 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kisah Jada Pinkett dan suaminya, Will Smith dengan Chris Rock sebenarnya sudah lama tercetus iaitu sebelum insiden ‘lempang’ di Anugerah Oscar pada 2022.

Gambar People.com, 12 Oktober, 2023

Jada mendedahkan, Rock, 58, pernah mengajaknya keluar ‘dating’ (janji temu) sewaktu timbulnya desas-desus mengenai perceraiannya dengan Smith, 55, beberapa tahun sebelumya.

Bintang Girls Trip berusia 52 tahun itu membuat pendedahan tersebut kepada portal People ketika ditemubual mengenai memoirnya, Worthy yang bakal dilancarkan pada 17 Oktober ini.

“Ketika itu, Rock menjangkakan Smith dan saya akan bercerai. Jadi, dia menelefon saya dan memberitahu mahu mengajak saya keluar.

“Saya pula menyoalnya: “Apa maksud awak? Kata dia: “Bukankah awak dan Smith akan bercerai. Saya jawab: “Tidak Rock. Itu hanyalah khabar angin. Dia terkejut dan bersungguh-sungguh memohon maaf,” katanya.

Saat trio ini kembali bertemu, pelawak itu yang bertindak sebagai hos Anugerah Academy (Oscar) mempersenda Jada yang muncul dengan imej berkepala botak.

Perkara itu menyebabkan Smith bangun dan meluru naik ke pentas sebelum melempang wajah Rock sehingga mengakibatkan dia tidak dibenarkan untuk menghadiri Academy Awards selama 10 tahun.

Jada turut membuat pendedahan mengejutkan bahawa dia dan Smith sudah tinggal berasingan, beberapa tahun sebelum tercetusnya insiden tampar terbabit sehingga ia menjadi tajuk berita utama dunia.

Jelasnya, walaupun tiada keputusan tetap dibuat mengenai masa depan perkahwinan mereka, dia dan Smith masih memikirkannya.

Memoir nukilan Jada Pinkett Smith berjudul Worthy bakal dilancarkan pada 17 Oktober, 2023 ini. – Gambar Instagram Jada Pinkett Smith, 12 Oktober, 2023

“Kami sudah melakukan beberapa kerja yang sangat berat bersama. Kami baru sahaja memperoleh cinta mendalam antara satu sama lain dan kami akan memikirkan bagaimana ke depannya nanti,” katanya.

Jada turut memuji tiga anak lelaki Smith daripada hubungan terdahulu suaminya, iaitu Jaden, 25; Willow, 22 dan Trey, 30 kerana berdiri teguh di sisinya sewaktu saat sukar dalam hubungan mereka berdua.

“Anak-anak saya, mereka guru kecil. Mereka mengajar saya mengenai penerimaan diri yang mendalam. Mereka suka setiap bahagian diri saya. Tahap cinta, kasih sayang yang mereka ada untuk saya dan ayah mereka adalah tanpa syarat,” katanya. – 12 Oktober, 2023

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related