KUALA LUMPUR — Sejak kebelakangan ini, penyanyi Britney Spears seringkali dilihat menari-nari dengan apa sahaja lagu yang dipilihnya.
Namun, di antara banyak-banyak lagu, hatinya lebih terpaut dengan lagu Daddy Lessons yang pernah dipopularkan Beyonce dalam album studionya, Lemonade pada 2016.
Dia telah menghasilkan dua video dengan mengenakan bodysuit berwarna ungu sambil menari-narikan lagu tersebut.
Manakala dalam video ketiga, dia mengenakan bikini bottoms yang bermotifkan cetakan haiwan sambil menulis kapsyen:
“Ramai orang yang melakukan remix lagu saya tanpa pengetahuan saya. Jadi, saya akan merakam semula lagu ini akhirnya. Saya perlu berjumpa Jay-Z untuk menambah rap di dalamnya,” katanya.
Daddy Lessons memang diketahui sebuah lagu tentang hubungan rumit Beyonce dengan bapanya, Matthew Knowles.
Terdapat bait lirik berbunyi: “Daddy made a soldier out of me/ Daddy made me dance … tough girl is what I had to be.”
Memandangkan hubungan Britney dengan bapanya, Jamie Spears juga agak keruh apabila Britney menuduh bapanya bersenang-lenang daripada hasil kerja kerasnya, mungkin itu juga sebabnya mengapa dia ingin merakamkan semula lagu Beyonce tersebut.
Walaupun dia sedang mengusahakan single barunya, namun yang pastinya Britney juga akan mengeluarkan memoirnya, The Woman In Me hujung bulan ini. – 10 Oktober, 2023