Afdlin Shauki kongsi kisah sedih teman Palestin yang maut sekeluarga apabila rumahnya di Gaza dibedil bom Israel

Rasa sedih itu telah dizahirkan Afdlin Shauki saat berkongsi kisah yang cukup menyayat hati tentang Mohamad J Alzaneen

11:52 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Bagaimanakah perasaan kita apabila seseorang yang kita kenali bersama seluruh anggota keluarganya terkorban akibat serangan kejam Israel?

Rasa sedih itu telah dizahirkan Datuk Afdlin Shuki Aksan saat berkongsi kisah yang cukup menyayat hati mengenai seorang temannya yang berasal dari Palestin, Mohamad J Alzaneen menerusi hantaran terbaharu di Instagram sebentar tadi.

“Beliau baru sahaja menamatkan pengajian PHD beberapa minggu lalu di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

“Setelah tamat pengajian di USIM dan berjaya menggenggam doktor falsafah, beliau pulang ke tanah air di G424 (Gaza).

“Takdir Allah mengatasi perancangan manusia. Malam tadi, rumahnya dibom. Beliau bersama ahli keluarganya (isteri dan anak-anaknya) turut terkorban dalam insiden tersebut. Beliau adalah Dr Mohamad J Alzaneen,” katanya.

Insiden pengeboman oleh tentera Israel malam tadi turut mengorbankan Dr Mohamad J Alzaneen bersama ahli keluarganya (isteri dan anak-anaknya). – Gambar media sosial, 10 Oktober, 2023

Artis serba boleh yang kini memegang jawatan sebagai Pengerusi Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) Media Sdn Bhd ini turut memanjatkan doa buat Allahyarham Mohamad sekeluarga.

“Semoga mereka semua dapat berkumpul kembali di syurga nanti dan tergolong dalam para syuhada. Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali,’’ katanya.

Dalam pada itu, aktres dan model Kavitha Sidhu di dalam komennya pula memberitahu bahawa pengarah Datuk Paduka Shuhaimi Baba pernah menemui Mohammed Ketika beliau datang ke Kuala Lumpur.

Beliau turut menyatakan kesedihannya dan menyedekahkan Al-Fatihah.

Dalam perkembangan lain, Afdlin Shauki juga bakal muncul dengan filem terbarunya berjudul Baik Punya Ah Long yang dijayakan Johan, Zizan Razak, Adibah Nor, Sangeetha Krishnasamy, Adlin Aman Ramlie dan Mia Sara Shauki. – 10 Oktober, 2023

Topics

 

Popular

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related