Filem dokumentari Man On The Run dedah skandal 1MDB, tampilkan Najib antara individu ditemubual

Filem dokumentari itu dihasilkan kerana masih ramai tidak mengetahui kisah sebenar skandal berprofil tinggi berkenaan dengan lebih mendalam

12:22 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Skandal 1MDB bukan saja menggemparkan Malaysia, bahkan mendapat perhatian dunia selepas ia dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta seorang ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.

Melihat kepada tumpuan yang diberikan terhadap skandal berkenaan, maka sebuah produksi antarabangsa yang menampilkan Alyse Shorland sebagai penerbit, berminat untuk menghasilkan kes berprofil tinggi itu dalam bentuk filem dokumentari berjudul, Man On The Run (MOTR).

Pengarahnya, Cassius Michael Kim berkata, dia tertarik untuk menghasil filem dokumentari itu kerana walapun ia mendapat liputan meluas, masih ramai tidak mengetahui kisah sebenar skandal tersebut dengan lebih mendalam.

“Jadi, filem ini akan memberi penjelasan terhadap apa yang berlaku, terutama sekali untuk mereka yang sering mengikuti perkembangan kes itu,” katanya.

MOTR mendedahkan kisah benar mengejutkan mengenai amalan rasuah dan pengkhianatan yang menggugat kestabilan kewangan seluruh negara.

Ia turut membabitkan Jho Low, seorang ahli perniagaan misteri yang merancang mengeksploitasi dana kekayaan Malaysia menerusi syarikat milik penuh kerajaan semasa pentadbiran Najib iaitu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Jho Low dipercayai menyalurkan berbilion-bilion wang ke dalam akaun bank global untuk menjalani gaya hidup mewah, termasuk berparti di Hollywood dan membiayai pembikinan filem The Wolf Of Wall Street.

‘Penyelidikan’ yang dilakukan Cassius berjaya membongkar rangkaian rasuah serta mendedahkan kesan mendalam skandal berprofil tinggi itu.

Cassius yang juga penulis filem dokumentari itu berkata, apa yang menariknya dalam MOTR adalah apabila pihaknya dapat menemubual individu serta pihak yang dikaitkan dengan skandal tersebut.

Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak antara individu yang ditemubual dalam dokumentari itu. – Gambar PR, 8 Oktober, 2023

Bagaimanapun, dia tidak menafikan terdapat beberapa halangan apabila ada segelintir yang tidak mahu ditemubual untuk menjayakan filem dokumentari itu atas sebab-sebab tertentu.

“Apa yang paling menarik perhatian apabila kami dapat menemu bual individu terdekat yang dikaitkan dengan skandal tersebut iaitu Datuk Seri Najib sendiri.

“Sepanjang wawancara bersamanya, saya akui cukup kagum dengan keupayaannya untuk menjawab setiap soalan diberikan,” katanya.

Pada masa sama, Cassius yang juga penerbit eksekutif berharap agar MOTR dapat memberi penjelasan kepada orang ramai mengenai kesan buruk akibat skandal tersebut.

“Mengenai Jho Low pula, saya juga mengharapkan agar dia akan dibawa ke muka pengadilan suatu hari nanti. Cuma mungkin ia agak sukar dan khabarnya dia sedang berada di Macau atau China.

“Sudah tentu saya sangat berminat untuk mewawancaranya jika saya ada peluang untuk berbuat demikian,” katanya.

Filem dokumentari MOTR sudah ditayangkan di pawagam Singapura sejak 5 Oktober lalu dan bakal menyusul di pawagam negara ini pada 19 Oktober depan.  – 8 Oktober, 2023

Topics

 

Popular

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related