‘Tergelak aku baca kes makan mahal, tak payah nak bagi tahu satu dunia’: Michael Ang

‘Bagi aku kalau dah makan lepas tu harga mengejutkan, bayar saja lah lepas tu tak la aku pergi kedai tu’ : Michael

6:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Sejak beberapa hari lalu, kecoh di media sosial mengenai isu harga makanan yang didakwa ‘mahal’ oleh seorang selebriti selepas makan di sebuah restoran di Johor.

Isu ini mendapat perhatian ramai dengan rata-rata mempunyai pandangan tersendiri berhubung isu tersebut, termasuk pengarah terkenal Michael Ang.

Beliau menyifatkan isu berkenaan tidak perlu diperbesar-besarkan hingga perlu dimaklumkan kepada ‘satu dunia’.

Menerusi hantaran yang dimuat naik Michael atau nama penuhnya Michael Ang Hai Swee, 47, dia hanya mampu tergelak tatkala membaca tentang isu ini.

“Tergelak aku baca kes makan mahal sangat dan penjual menjawab balik. Bagi aku kalau dah makan lepas tu harga mengejutkan, bayar saja lah lepas tu tak la aku pergi kedai tu. Tak payah la nak bagi tahu satu dunia,” tulisnya.

Kongsi Michael lagi, beliau sendiri pernah melalui pengalaman dikenakan caj sebanyak RM1,700 untuk dua orang makan, namun beliau membayarnya.

“Aku bayar saja. Lepas keluar terus menyumpah takkan makan sana lagi. Makanan dah jadi t*** pun takkan tak nak bayar? buat bising pun tak guna,” tulisnya.

Baru-baru ini, seorang selebriti wanita telah memuatnaik resit harga makanan laut di sebuah restoran di Johor Bahru yang berjumlah RM1,260.

Selebriti berkenaan menyifatkan ia sebagai mahal, namun peniaga terbabit memaklumkan makanan itu dihidangkan untuk 20 orang.

Baru-baru ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengambil tindakan ke atas peniaga terbabit mengikut Seksyen 12 Akta KPDN. – 6 Oktober 2023

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related