‘Saya rindu Malaysia, akhirnya saya sedia untuk pulang dan berjumpa anda semua’, Datuk Shake tunai janji bikin konsert dalam tiga bahasa

Penghibur antarabangsa ini memberitahu, dia akan mengadakan konsertnya itu bersama gabungan barisan pemuzik daripada Perancis dan Malaysia

6:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penghibur Malaysia bertaraf antarabangsa, Datuk Shake mengakui tidak sabar untuk pulang semula ke Malaysia dan bertemu peminat-peminatnya dalam konsert Dato Shake Live In Concert 2023 yang bakal diadakan Zepp Kuala Lumpur pada 16 Disember ini.

Shake atau nama sebenarnya Sheikh Abdullah Sheikh Ahmad Bahweres yang menetap di Beverly Hill, California dan kini berada di sebuah lagi rumahnya di Perancis memberitahu dia sememangnya amat merindui Malaysia.

Datuk Shake mengakui tidak sabar untuk pulang ke Malaysia dan bertemu peminatnya dalam konsert Dato Shake Live In Concert 2023, 16 Disember ini. – Gambar Instagram Dato Shake, 5 Oktober, 2023

“Sudah lama saya tidak datang iaitu sejak 2019. Tergendala kerana pandemik. Tapi, akhirnya saya sihat walafiat dan dan sedia untuk pulang dan berjumpa anda semua,” katanya dalam satu hantaran video ringkas melalui Instagram miliknya.

Penghibur yang terkenal pada era 1980-an dan telah merakamkan lagu dalam tiga bahasa iaitu Perancis, Melayu dan Inggeris ini juga memberitahu bahawa dia mengadakan konsert bersama gabungan barisan pemuzik daripada Perancis serta Malaysia.

“Di dalam konsert ini, saya akan menyanyikan lagu-lagu dalam bahasa Inggeris, Perancis dan Melayu.
“Saya pernah janji dengan anda semua dulu saya mahu buat konsert termasuk konsert jelajah pada tahun 2022. Tapi, ia tidak jadi kerana pandemik. Jadi, beli tiket sekarang.

“Takut nanti tiket dah takde lagi. Anda semua akan marah saya,” katanya,” katanya.

Anak seni kelahiran Johor Bahru ini mula mencipta nama di Perancis sebelum pulang ke tanah air dan merakamkan album dalam bahasa Melayu.

Antara lagu Melayu Shake yang popular dan masih diingati hingga sekarang ini adalah Umi, Lina, Kau Bungaku dan Anugerah Dari Kegagalan, – 5 Oktober, 2023

Topics

 

Popular

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Anwar’s plan: protecting Petronas and restoring the ringgit – Tuan Muda

How the prime minister’s reforms are taking shape in crucial institutions

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Related