Cerita cerai dah ‘basi la’ Nadia Annuar dikejar wartawan selepas buat pendedahan statusnya adalah `single’ tetapi tidak `available’

Menurut personaliti TV3 ini, telefonnya panas gara-gara dihubungi pihak media untuk mendapatkan cerita mengenai kisah penceraiannya

12:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR –  Semalam berita mengenai perceraian pengacara jelita, Nadia Annuar telah memenuhi ruang berita media tempatan.

Keadaan ini menyebabkan Nadia atau nama lengkapnya Nadia Shahrul Annuar, 39, tidak menang tangan malah telefonnya panas gara-gara dihubungi wartawan bagi mendapatkan penjelasan lanjut tentang kisah cerai itu.

“Haih stress. Kita sibuk kemas kini berita tentang kejadian tembakan tetapi telefon saya yang panas dapat panggilan daripada wartawan nak tahu berita cerai. Apa ni? Dah basi la,” tulis kakak kepada Harris Annuar di Insta Story.

Berita perceraian Nadia itu menjadi tular selepas dia membuat pendedahan tentang status dirinya menerusi temubual video bersama majalah Nona. 

“Ya saya single tetapi tak available. Saya tak pernah kongsikan berita ini di mana-mana platform lagi. 

Mummy pun minta saya fokus kepada diri sendiri dan juga untuk dua orang anak saya walaupun mereka tidak tinggal dengan saya atas sebab tertentu. Tetapi saya akan sentiasa ada dengan mereka.

“Kini saya cuba menjalani kehidupan hari demi hari untuk teruskan hidup walau apa pun yang telah berlaku dalam hidup saya. Saya cuba untuk jadi kuat,” katanya dalam temubual itu. 

Nadia telah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Hafiz Salleh pada November 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Dya Naylaa, yang kini berusia tujuh tahun.

Sebelum itu dia pernah berkahwin bersama Sulaiman @ Mohd Helmi tetapi telah bercerai pada Oktober 2010. Bersama Sulaiman dia berkongsi seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Aaron Erwin, 14 tahun. – 5 Oktober, 2023

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

Related