‘Kutukan Sembilan Setan’ ilham kejadian seram sekumpulan remaja ketika daki Gunung Bromo

Selain vila tersebut yang kelihatan aneh dah menyeramkan, sekumpulan remaja turut diganggu serta berdepan beberapa kejadian misteri sejak hari pertama menginap di sana

5:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kejadian aneh dan menyeramkan dilalui segelintir pendaki ketika ekspedisi mendaki Gunung Bromo memberi ilham buat syarikat produksi Indonesia, PIM Pictures untuk menghasilkan sebuah filem seram berjudul ‘Kutukan Sembilan Setan’.

Penerbitnya, Agustinus Sitorus berkata, mereka berminat untuk menerbitkan filem berkenaan setelah mendengar kisah benar seorang pemuda, Very Barus bersama tiga rakannya yang mengalami kejadian aneh dan seram ketika mendaki tersebut.

Filem seram ini mengisahkan sekumpulan sahabat yang merancang percutian di Gunung Bromo dan menyewa sebuah vila di kawasan itu selama lima hari. – Gambar D’ Ayu Pictures, 2 Oktober, 2023

“Apabila diceritakan pengalaman tersebut, akhirnya kami berbincang dan sepakat untuk menghasilkan filem ‘Kutukan Sembilan Setan’.

“Jalan cerita yang dipaparkan dalam filem ini diolah menjadi sebuah kisah yang menarik, namun ia adalah inspirasi daripada kejadian dialami sekumpulan remaja tersebut,” katanya.

Sementara itu, Arie selaku pengarah pula memberitahu, ‘Kutukan Sembilan Setan’ bukan sekadar sebuah filem seram semata-mata, sebaliknya ia lebih bervariasi serta berbeza dengan filem seram pernah dihasilkan sebelum ini.

“Selain kisah seram, filem ini turut menerapkan elemen lain seperti percintaan dan persahabatan serta memaparkan visual keindahan Gunung Bromo itu sendiri, apatah lagi ia tersenarai sebagai salah satu gunung berapi masih aktif di Jawa Timur, Indonesia.

“Gandingan barisan pelakon juga begitu mantap dan serasi antara satu sama lain. Cuma kami berhadapan cabaran kerana keadaan cuaca tidak menentu,” katanya.

Antara babak cukup menyeramkan dalam filem ‘Kutukan Sembilan Setan’. – Gambar D’ Ayu Pictures, 2 Oktober, 2023

Filem tersebut mengisahkan tentang Verdy bersama rakan-rakannya iaitu Devon, Sarah, Lia dan Miko merancang percutian dekat Gunung Bromo serta menyewa sebuah vila di kawasan itu selama lima hari.

Bagaimanapun, setibanya mereka di sana ternyata keadaan vila berkenaan tidak sama dengan gambar yang diiklankan di internet ketika mereka membuat tempahan.

Selain vila tersebut yang kelihatan aneh dah menyeramkan, mereka turut diganggu serta berdepan beberapa kejadian misteri sejak hari pertama menginap di sana.

Filem ‘Kutukan Sembilan Setan’ akan mula ditayangkan di pawagam mulai 26 Oktober, 2023. – Gambar D’ Ayu Pictures, 2 Oktober, 2023

Diarahkan Arie Aziz, filem berkenaan dibintangi barisan pelakon seperti Ajil Ditto, Denira Wiraguna, Frislly Herlind, Fandy Christian, Joshua Suherman, Fadhan Holao, Eric van loo, Sabina Bayramova,Fahira Almira, Brooklyn R, Gerald Krechoff, Egi, Fedly, Eistevanya Alexandra, Aisha Ali, Irna Jufe dan Zenia Zein.

Filem ‘Kutukan Sembilan Setan’ diedarkan syarikat D’ Ayu Pictures untuk pasaran di Malaysia dan akan ditayangkan di pawagam mulai 26 Oktober ini.  – 2 Oktober, 2023

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Petros accuses Petronas of strong-arm tactics in blocking Sarawak’s gas rights

Court documents reveal claims of dominance abuse and interference with the state’s sole gas aggregator role

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related