‘Sekarang saya seorang cikgu’, Joe Flizzow ajak rakyat Malaysia jadi budak baek dan belajar bahasa Inggeris dengannya

Joe Flizzow akan mengajar bahasa Inggeris kepada seluruh rakyat Malaysia melalui sebuah aplikasi kursus bahasa Inggeris percuma dalam talian

3:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Rapper legenda, Joe Flizzow memang dikenali sebagai salah seorang daripada selebriti Malaysia yang cukup fasih dan mempunyai kemahiran berbahasa Inggeris dengan baik.

Apatah lagi dia dibesarkan daripada latar belakang keluarga yang menceburi bidang kewartawan dan mempunyai pendidikan bahasa Inggeris kukuh.

Ibunya, Aishah Ali dan ibu saudaranya, Saleha Ali pernah bertugas sebagai wartawan serta pengarang di akhbar New Straits Times.

Dalam perkembangan terbaharu, Joe Flizzow mengembangkan bakatnya menjadi seorang cikgu bahasa Inggeris untuk sebuah aplikasi kursus bahasa Inggerus dinamakan, Sols Edu.

“Saya, Joe Flizzow dan saya amat teruja untuk kongsikan berita terbaik. Sekarang saya seorang cikgu. Anda hanya perlu daftarkan diri melalui laman web progresif, Sols Edu.

“Sols Edu bertekad untuk tawarkan program ini untuk semua di negaraku. Ia adalah percuma.

“Jadi ‘Budak Baek’ dan belajar dengan saya. Saya sangat teruja. Jom kita beringgeris,” katanya dalam kandungan berbayar Sols Edu yang kerap muncul di platform Instagram.

Sols Edu mempunyai matlamat untuk membantu rakyat Malaysia menguasai kemahiran bahasa Inggeris dengan baik dan mengajari segala yang perlu kamu ketahui, dari tatabahasa asas serta kosa kata hingga kemahiran perbualan lebih baik.

Pemilihan Joe Flizzow pula adalah satu keadah yang digunakan Sols Edu untuk menerapkan humor dan karisma rapper tersebut untuk membuat pembelajaran bahasa Inggeris menjadi lebih menyeronokkan serta menarik.

Nak tahu selanjutnya, daftar untuk kursus Bahasa Inggeris Sols Edu secara percuma hari ini dan mula beringgeris dengan lebih berkesan. — 1 Oktober, 2023

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Lelaki Itu bongkar konflik rumah tangga, penonton juga alami perkara sama: Sarimah Ibrahim

Isu kesihatan mental yang cuba diangkat dalam drama bersiri Lelaki Itu antara faktor utama artis versatil, Che Puan Sarimah Ibrahim bersetuju membawakan watak sebagai Sharifah Qaidah.

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related