Pertembungan filem Salaar vs Dunki pada tarikh yang sama: Alasannya terbongkar dan cukup memeranjatkan

Salaar yang dibintangi Prabhas dan Dunki yang diterajui Shah Rukh bakal ditayangkan di seluruh pawagam India pada tarikh yang sama iaitu 22 Disember ini

6:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Pertembungan filem Salaar dan Dunki di pawagam India pada 22 Disember ini menjadi topik cukup hangat sekali diperkatakan serta dibahaskan netizen di Twitter ketika ini.

Salaar adalah filem aksi-thriller Telegu arahan Prashanth Neel yang dibintangi Prabhas dan akan bersaing dengan Dunki iaitu filem Hindi penuh emosi arahan Rajkumar Hirani serta diterajui Datuk Shah Rukh Khan.

Beberapa pengamal filem berpendapat pertembungan kedua-dua filem ini pada tarikh yang sama di pawagam tidak membawa kebaikan atau manfaat kepada industri filem di India.

Mereka berpendapat Salaar dan Dunki akan kehilangan pendapatan sebanyak 30 peratus jika terus memilih untuk ditayangkan pada tarikh yang sama, sedangkan kedua-dua filem itu dilihat mempunyai potensi untuk membuat kutipan yang banyak.

Namun, pertembungan ini sebenarnya tiada kaitannya dengan khabar angin yang kononnya mengatakan ia semata-mata satu cara untuk mewujudkan hype melalui pertempuran superstar antara Prabhas dan Shah Rukh.

Shah Rukh dalam satu kenyataannya baru-baru ini mengesahkan bahawa Dunki akan ditayangkan pada 22 Disember ini dan dia juga mempunyai perancangan untuk memasarkan filem itu ke pasaran antarabangsa.

Sementara itu, penerbit Salaar iaitu Vijay Kiragandur melalui syarikat produksinya Hombale Films juga tetap dengan pendiriannya untuk menayangkan filem itu pada tarikh yang sama.

Sumber memberitahu, Vijay Kiragandur memilih tarikh tersebut kerana mengikut nasihat yang diberikan oleh tukang tiliknya dengan berpandukan kepada ilmu astrologi.  

Vijay Kiragandur memang memiliki sami dan ahli astrologi yang sentiasa menasihatinya tentang hal-hal berkaitan dengan pelancaran acara penting.

Mengikut kata tukang tiliknya itu, terdapat fasa yang bertuah jika Salaar ditayangkan pada Januari 2024, namun menayangkannya pada 22 Disember adalah lebih efektif.

Salaar yang mula menjalani penggambaran di Telangana, India pada Januari 2021 turut dijayakan Prithviraj Sukumaran, Shruti Haasan, Jagapathi Babu, Tinnu Anand, Easwari Rao, Sriya Reddy dan Ramachandra Raju.

Manakala Dunki yang diterbitkan di bawah produksi milik Shah Rukh iaitu Red Chillies Entertainment menjalani penggambaran di London, Budapest, Jeddah dan Neom. Ia turut dibintangi Taapsee Pannu, Vicky Kaushal, Dia Mirza dan Boman Irani. – 30 September, 2023

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related