Putri Ariani tewas di America’s Got Talent, namun terima Golden Buzzer, pujian Simon Cowell

Meskipun gadis berasal dari Indonesia itu mendapat tempat keempat, Simon Cowell menyifatkannya sebagai penyanyi, penghibur dan insan hebat

8:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Peserta America’s Got Talent (AGT) musim ke-18 berasal dari Indonesia, Putri Ariani tewas pada malam akhir program itu yang berlangsung di Amerika Syarikat (AS) pada Khamis.

Putri Ariani atau nama sebenarnya Ariani Nisma Putri, 17, ditewaskan persembahan seekor anjing bernama Hurricane dan tuannya, Adrian Stoica, sekali gus membawa pulang hadiah utama AS$ 1 juta (RM4.7 juta) menerusi undian penonton.

Pemenang utama juga berpeluang membuat persembahan di Superstar Live Show di Hotel Luxor, Las Vegas.

Ahli silap mata, Anna DeGuzman pula mendapat tempat kedua, Murmuration di tempat ketiga dan Ramadhani Brothers di tempat kelima.

Dalam persembahannya, Putri Ariani yang menyampaikan lagu ‘Dont let the sun go down on me’ nyanyian asal Elton John, mendapat ‘Golden Buzzer’ daripada Simon Cowell.

Menurut Simon, tiada siapa yang dapat mengubah fakta bahawa Putri Ariana adalah seorang penyanyi, penghibur dan insan hebat.

Sejak muncul di AGT, Putri Ariani yang juga orang kurang upaya (OKU) (Penglihatan) menerima populariti luar biasa di seluruh dunia.

Selain Putri Ariani, seorang lagi penyanyi terkenal Indonesia, Cakra Khan mengikuti uji bakat AGT.

Namun dia gagal untuk ke peringkat akhir. – 28 September 2023

Topics

 

Popular

Ramli Ngah Talib next Governor of Penang?

Former Perak Mentri Besar expected to succeed Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak in May, with the latter only having served one term

Ramli Ngah Talib bakal Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang?

Bekas Menteri Besar Perak itu dijangka menggantikan Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak pada Mei, selepas berkhidmat hanya satu penggal

Ramadan slapping incident: elderly man to be charged today

Johor Bahru Utara police say state deputy public prosecutor has given green light for charge of voluntarily causing hurt

Related