‘Demi kebaikan semua pihak’ Kak Lina tidak akan muncul di GV lagi’, Elly Mazlein anggap yang berlaku adalah kesilapannya

Bagaimanapun, Elly Mazlein akan kekal mengacarakan GV10 bersama Nabil dan Jihan Muse, plot twist tak?

10:41 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Semalam, Elly Mazlien atau Kak Lina telah membuat kenyataan bahawa dia menerima teguran netizen dengan hati yang terbuka apabila corak pengacaraannya dalam  konsert minggu pertama Gegar Vaganza Musim 10 (GV10) pada Ahad lalu, dikritik hebat.

Namun, pada hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya sebentar tadi, Elly telah membuat pengakuan yang mengejutkan apabila memaklumkan bahawa Kak Lina Pom Pom akan menarik diri daripada terlibat dalam program pertandingan nyanyian tersebut.

“Selepas Kak Lina membaca kesemuanya, ya kak lina baca semua komen-komen anda. Sudah masanya Kak Lina tidak perlu ada di GV demi menjaga hati anda dan semua pihak.

“Niat Kak Lina untuk menghiburkan, tapi lain pulak jadinya. Buat semua orang tak berminat nak tengok GV pulak. Sekali lagi Kak Lina meletakkan kesalahan pada diri sendiri,” katanya.

Elly memaklumkan dia menarik diri dari Gegar Veganza Musim10. – Tangkap layar dari Instagram, 27 September, 2023

Elly juga menganggap apa tindakan yang dilakukannya itu adalah demi kebaikan semua pihak, apatah lagi ramai yang mencari rezeki di dalam program GV tersebut.

“Jaga diri ya semua. Terima kasih di atas segala kemanisan yang Kak Lina rasa sebelum ni. Terima kasih banyak-banyak,” katanya.

Namun, di akhir kata-katanya itu sekali lagi mengundang kejutan.

“Insya Allah Elly Mazlein akan menggantikan Kak Lina di GV nanti,” katanya.

Wow! Bermakna, Elly Mazlein akan menyingkirkan wataknya sebagai Kak Lina Pom Pom untuk mengendalikan GV10 bersama Nabil dan Jihan Muse. Korang semua rasa macam mana? Setuju tak kalau Elly Mazlein buat macam tuh?

Persoalannya, Adakah watak Kak Lina Pom Pom akan dimatikan di dalam kerjaya seni Elly Mazlein sampai bila-bila? Hanya Elly yang mampu menjawabnya– 27 September, 2023

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related