Siti Nurhaliza tampil pertahankan Liza Hanim

Penyanyi nombor satu negara itu terpanggil untuk mempertahankan rakan seperjuangannya yang menjadi mangsa kutukan netizen yang turut membandingkan pencapaian seni mereka

10:43 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi popular, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil mempertahankan Liza Hanim selepas dia menjadi mangsa kutukan netizen berhubung rupa paras serta pencapaiannya di dalam industri muzik.

Menurut netizen berkenaan, Liza Hanim mempunyai hidung yang kembang serta kulit wajah berlubang menyebabkan dia ketinggalan di belakang Siti yang jauh lebih berjaya. 

Susulan itu, Siti dilihat telah meninggalkan komen di hantaran Instagram Liza Hanim dengan memberinya kata-kata semangat.

Menurut Siti, penulisan netizen berkenaan jelas menunjukkan bahawa keperibadiannya yang tidak baik serta mempunyai hati yang hitam.

“Jangan menyentuh soal fizikal sebab semua orang tidak sempurna. Kesal dengan kelantangan netizen yang konon pandai menilai tetapi sebenarnya menyerlahkan lagi kebodohannya. 

“Sayangku Liza Hanim, teruskanlah perjuangan kerana setiap pengorbanan dan kesungguhan Allah swt janjikan kejayaan. Inilah masanya. Semoga Allah swt permudahkan segalanya buatmu,” tulis Siti.

Datuk Seri Siti Nurhaliza kesal dengan sikap biadap netizen yang membandingkan paras rupanya dengan Liza Hanim. -Tangkap layar dari media sosial, 26 September, 2023

Liza yang membaca komen berkenaan memberitahu bahawa dia sungguh terharu atas sokongan Siti.

“Allahuakbar. Terima kasih sayang. Sebak baca komenmu. Semoga semua dapat iktibar dari isu ini dan berbuat baik di antara satu sama lain,” balasnya. 

Liza Hanim terharu dengan sokongan yang diberikan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza kepadanya. – Tangkap layar dari media sosial, 26 September, 2023

Netizen yang memberikan komen negatif berkenaan dilihat telah membalas komen Siti dan memohon maaf di atas ketelanjurannya.

“Maafkan saya Tokti. Saya tiada niat untuk keruhkan keadaan. Saya cuma menjelaskan sahaja.  Saya peminat Tokti dan juga Liza Hanim’, tulisnya. 

Netizen yang telah mengkritik Liza Hanim akhirnya mohon maaf. – Tangkap layar dari media sosial, 26 September, 2023

Liza Hanim ketika ini merupakan salah seorang peserta untuk Gegar Vaganza musim ke-10 yang baru sahaja membuka tirai pertandingan pada Ahad lepas.

Dalam pertandingan itu, dia berentap dengan 15 lagi peserta bagi merebut gelaran juara Gegar Vaganza All Stars. – 26 September, 2023

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Related