Engku Emran, Noor Nabila bercerai talak satu

Noor Nabila meluahkan perasaannya selepas bercerai di Insta Story

3:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Akhirnya ikatan perkahwinan yang dibina selama dua tahun terlerai jua apabila Engku Emran Engku Zainal Abidin, 49, sah menceraikan Noor Nabila Mohd Noor, 39, dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, tengah hari tadi.

Noor Nabila menerusi hantaran di Insta Story mengeluarkan kenyataan tentang hubungannya dengan bekas suami.

“Jika ia bukan ditakdirkan untuk anda, tak kira berapa lama atau berapa kuat anda cuba, ia tidak akan menjadi milik anda. Kerana kita merancang, tetapi perancangan Allah lebih baik. 

“Semoga Allah membimbingku dan berikan ketenangan dalam hatiku,” tulisnya. 

Sebelum ini, media melaporkan Noor Nabila memberitahu bahawa dia dalam proses untuk bercerai bersama Engku Emran selepas mereka tidak lagi tinggal serumah sejak awal Januari lalu. 

Pasangan ini bernikah pada 19 Mac 2021 dan ini merupakan perkahwinan ketiga buat mereka.

Emran sebelum ini pernah bernikah dengan Erra Fazira dan Laudya Cynthia Bella manakala Nabila pula pernah berkahwin dengan Sharnaaz Ahmad. – 25 September 2023

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related