KUALA LUMPUR – Pelakon baru, Tracie Sinidol, 21, telah pengsan di set penggambaran drama One Million Dollar Voice (1MDV).
Perkara itu telah didedahkan oleh pengarah drama berkenaan iaitu Michael Ang menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagram.
Dalam video berkenaan, kelihatan pelakon yang berasal dari Sabah itu terbaring sambil kepalanya diurut.
Menurut Michael, Tracie bukanlah pelakon pertama yang telah pengsan di set penggambaran 1MDV.
Sebelum ini seorang lagi pelakon drama berkenaan iaitu Ben Amir turut mengalami nasib yang sama.
https://www.instagram.com/reel/CxfRWFWPsQj/?igshid=NjIwNzIyMDk2Mg==
“Salam. Sebab untuk anda semua, macam-macam hal jadi. Hari ini Tracie pengsan. Hari tu Ben Amir.
“Sebelum itu Keanu Azman patah tangan sebab buat ‘stunt’ sendiri. Sebelum itu pula Ezra Kairo patah kaki sebab jatuh lubang.
“Amelia Henderson pun patah jari kaki langgar katil. Emma Maembong pula pasal kandungan dia. Macam mana la nak habis penggambaran ni,” luah Michael dalam hantaran tersebut.
Drama 1MDV ketika ini sedang ditayangkan di saluran Astro Ria. Ia menceritakan tentang program realiti TV yang ada di Malaysia. Dikhabarkan drama ini melalui proses penggambaran yang panjang sejak hujung tahun lalu. – 24 September 2023