KUALA LUMPUR – Penyampai radio dan pengacara, Anna Al Juffrey tidak dapat menyembunyikan rasa terharunya apabila permohonannya untuk mendapatkan ‘Blue Tick’ di akaun Instagramnya telah diluluskan oleh pihak platform media sosial tersebut.
Dalam satu hantaran terbaharu, Anna telah berkongsi mengenai perkara itu kepada pengikut serta peminatnya yang berjumlah lebih 50,000 orang.
“Akhirnya, selepas berkurun lama memohon sejak lima tahun lalu, dapat jua lambang biru tepi nama.
“Sebagai manusia yang cari makan dalam industri hiburan, benda alah ini (Blue Tick) memainkan peranan penting.
“Client nanti nak tengok ada ‘Blue Tick’ ke tidak, orang tuh nak pantau, orang nih nak check. Jadi, inilah hasilnya, terbukti tanpa bayaran.
“Yang paham sahaja faham. Isskkk, hai terharulah,” katanya.
Anna atau Syarifah Nur Farhana Syed Talib, 33, kini sibuk menumpukan perhatian dengan tugas pengacaraannya di Go Shop.
Sebelum ini, Anna pernah berkhidmat sebagai penyampai radio di stesen Gegar FM dan Suria FM. – 22 September, 2023