‘Kau jangan malukan aku jadi Nyai Sunarti dalam Lantai T Pinkie’, Erma Fatima bagi amaran keras kepada Nabila Huda

Menurut Nabila, dia telah menghubungi Erma Fatima untuk meminta nasihat dan tunjuk ajar kerana pelakon senior tersebut pernah membawakan watak itu sebelum ini

9:37 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Aktres Erma Fatima memberi amaran keras kepada Nabila Huda agar tidak memalukan dirinya apabila aktres muda itu membawakan watak sebagai Nyai Sunarti dalam pementasan teater muzikal Lantai T Pinkie.

Perkara itu didedahkan Nabila Huda sewaktu ditemui pada sidang media pelancaran teater muzikal Lantai T Pinkie arahan Siti Rosminah Tahir.

Nabila Huda mengakui berdebar memikul watak Nyai Sunarti dalam Lantai T Pinkie. – Gambar Scoop/Azim Rahman, 21 September, 2023

Menurut Nabila, dia telah menghubungi Erma Fatima untuk meminta nasihat dan tunjuk ajar kerana pelakon senior itu pernah membawakan watak tersebut dalam pementasan teater Lantai T Pinkie pertama yang bukan berbentuk muzikal sebelum ini.

“Saya tanya dia macam mana ni Ma. Takutlah Ma. Dia cakap awak boleh buat. Saya cakap susahlah Ma sebab ada menari-menari semua. Dia kata dia nampak apa yang saya muatnaik di dalam IG saya.

“Dia cakap, I know you can do it. Setakat menari-menari tu apalah sangat. Dia juga bagi amaran kepada saya, kau jangan malukan aku tau. Kau favourite aktres aku. Ingat! You an award winning actress. Jangan memalukan aku.

“Saya juga beritahu dia saya mahu berjumpa dengan dia. Saya mahu dapatkan nasihat daripada dia sebab saya tidak nampak lagi Nyai Sunarti dalam diri saya. Dia tidak masuk lagi dalam diri saya,” katanya.

Jelas Nabila lagi, dia tidak pernah menonton pementasan Lantai T Pinkie sebelum ini, jadi dia tidak dapat membayangkan macam watak Nyai Sunarti ini.

“Dia (Erma Fatima) cakap kau hafal dulu monolog kau. Kau hafal. Kau ikut dulu dan reverse blocking, kemudian baru kau jumpa aku.

“Saya juga mengingatkan dia bahawa ini adalah monolog pertama saya (dalam teater) dan saya berpeluang buat monolog yang panjang ini selepas usia 39 tahun. Dia cakap dia tahu.

“Saya juga beritahu waktu buat monolog dalam satu pementasan teater dengan dia dulu, ketika itu saya masih budak lagi. Takde feel pun bawa monolog itu.

“Jadi, saya fikir, saya akan berjumpa dia, selepas enam hari atau seminggu sebelum bermulanya pementasan teater ini. Saya akan bertapa berjumpa dengan dia,” katanya.

Lantai T Pinkie bakal dipentaskan di Balai Budaya, Tun Syed Nasir di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada 6 hingga 8 Oktober ini. – Gambar Scoop/Azim Rahman, 21 September, 2023

Selain Nabila Huda, pementasan teater muzikal Lantai T Pinkie terbitan CTRA Productions miliki aktivis teater, Siti Rohayah Atan ini turut dijayakan Zera Hariz, Faysal Saad, Datuk Tamimi Siregar, Datuk Jalaluddin Hassan dan Linda Nanuwil.

Ia bakal dipentaskan di Balai Budaya, Tun Syed Nasir di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada 6 hingga 8 Oktober ini. – 21 September, 2023


Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related