Kadang-kadang saya terkurang ajar dengan wartawan, saya minta maaf: Fimie Don minta wartawan jangan serik dengannya

Fimie Don yang kini berusia 25 tahun mengakui berdepan dengan krisis hidup apabila mengalami fasa peralihan dari alam remaja kepada dewasa

3:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Tidak terasa dengan apa yang dilaporkan sebuah portal hiburan tempatan apabila dirinya dilihat berada dalam keadaan mesra bersama seorang gadis yang didakwa sebagai kekasihnya di sebuah konsert baru-baru ini, aktor Fimie Don mengakui penghargaan yang diberikan terhadap golongan wartawan hiburan di negara ini sangatlah kurang.

Untuk itu, Fimie yang enggan mengulas mengenai kejadian di konsert berkenaan mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada pihak media sama ada dalam memberikan laporan yang baik mahu pun yang kurang baik.

“Saya punya mulut sangatlah pedas dan saya kadang-kadang tersangat kurang ajar dengan wartawan. Saya setuju dan saya minta maaf sangat-sangat.

“Tapi, saya ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak pada kalian. Tugas yang kalian ambil ini bukanlah satu tugas yang mudah.

“Ramai orang maki hamun kalian, Samalah seperti saya, kita tidak boleh tersilap langkah. Tapi apapun, jangan serik dengan saya. Saya akan jauh lagi, ini permulaan bagi saya,” katanya yang secara tiba-tiba membuat pengakuan secara jujur tersebut.

Fimie Don pada sidang media siri terbaharu Viu Original, From Saga With Love di Bamboo Hill. – Gambar Scoop, 21 September, 2023

Fimie berkata demikian sewaktu ditemui usai majlis sidang media drama bersiri Viu Original, From Saga With Love arahan Umi Salwana Omar dan terbitan Red Communications Sdn Bhd yang diasaskan Lina Tan di Red di Bamboo Hills, Kuala Lumpur, semalam.

Mengulas mengenai penglibatannya di dalam drama bersiri berkenaan, dia menganggap watak lelaki dewasa bernama Bob dalam From Saga With Love adalah suatu anjakan paradigma buat dirinya.

“Sebab Viu merupakan OTT yang paling besar di Asia sekarang ini. Disebab Viu boleh percaya pada dirinya, apatah lagi di platform-platform lain.

“Betul ada sahaja orang yang tidak boleh terima kerana masih lagi menganggap saya adalah pelakon kanak-kanak, tetapi itu bukan salah mereka untuk melabel saya begitu.

“Tetapi, itu adalah salah saya kerana tidak bertungkus-lumus berusaha menjadi dewasa. Tetapi rezeki saya tidak tersekat. Rezeki saya masih ada. Baik watak sekolah, baik watak dewasa. Jadi saya tidak pernah menganggap tidak dapat membawa watak dewasa itu satu kerugian bagi diri saya,” katanya.

Fimie Don yang kini berusia 25 tahun mengakui berdepan dengan krisis hidup apabila mengalami fasa peralihan dari alam remaja kepada dewasa.

“Bila saya fasa remaja, muka saya dah nampak dewasa tapi saya tak boleh bawa watak budak sekolah rendah. Tapi saya dah boleh bawa watak dewasa tapi muka saya tak sesuai pula bawa watak suami orang.

“Jadi, mereka akan kata buat apa ambil Fimie Don kalau ada pelakon yang lebih sesuai untuk watak itu Saya setuju. Sangat setuju.

“Bila kita hari-hari nampak anak buah kita atau anak kita sendiri, kita tak nampak dia membesar. Tapi, kalau kita lama tak jumpa dia setahun mereka, kita akan cakap budak itu sudah besar.

‘Itulah yang berlaku pada Aedy Ashraf apabila dia hilang sekejap, tukar imej, tiba-tiba dia bukan lagi Aedy Ashraf dalam Tentang Bulan. Saya tidak berpeluang buat begitu sebab saya suka sangat berlakon. Saya tidak pernah break dalam dunia lakonan,” katanya.

Berbalik kepada From Saga With Love, Fimie yang membawakan watak Bob iaitu seorang juruvideo berharap, penonton akan menyaksikan drama bersiri itu sehingga ke penghujung.

“Dari situ penonton akan tahu jawapannya, sama ada Bob menyukai Bianca Rozario yang dilakonkan oleh Sophia Albarakbah atau Karma (Siti Khadijah Halim). Terlalu banyak interpretasi yang salah akan dibuat jika tidak tengok sampai habis,” katanya lagi.

From Saga With Love yang menjalani penggambaran di Saga yang terletak di Pulau Kyushu, Jepun akan ditayangkan di platform Viu hari ini. – 21 September, 2023


Topics

 

Popular

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Lim Guan Eng faces party rebellion as grassroots call for his ouster

Party insiders say growing dissent over Lim’s leadership, with critics blaming him for internal strife and strategic missteps

MACC raids home of Ismail Sabri’s ex-aide, over RM100 mil cash seized

Source says authorities also confiscated documents, jewellery, electronic devices

Related