Saya sudah melakukan banyak kali rayuan: Che Ta buntu akaun IG digantung, harap ada pihak yang sudi membantu

Akaun IG Rozita atau Che Ta iaitu @rozitachewan1 platform digantung atas alasan melakukan aktiviti agresif sejak 15 September lalu

9:45 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Aktres dan ahli perniagaan popular, Rozita Che Wan bingung dan kecewa apabila akaun Instagram (IG) @rozitachewan1 digantung atas alasan kononnya melakukan aktiviti agresif selain tidak mengikuti garis panduan komuniti yang ditetapkan sejak 15 September lalu.

Menurut ibu kepada tiga cahaya mata itu, serentak dengan itu, dia turut menerima emel daripada pihak IG untuk mengambil tindakan segera termasuk melakukan rayuan jika tidak mahu kehilangan akaun berkenaan.

Rozita Che Wan buntu kehilangan akaun Instagram kerana melalui platform itulah dia menjana pendapatan dan beroleh rezeki menjual produk keluaran sendiri – Gambar ihsan Rozita Che Wan

Bahkan, Rozita yang mesra disapa sebagai Che Ta berkata lagi, dia telah diberi tempoh masa hingga 13 Mac 2024 untuk membuat rayuan.

“Sejak akaun digantung, saya sudah melakukan banyak kali rayuan. Namun belum berhasil. Malah saya juga sudah beberapa kali menghubungi pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk meminta pertolongan. Tapi kecewa tak pernah berangkat,” katanya.

Kata Che Ta yang bakal muncul dengan filem Mat Kola arahan Hafiz Nafiah tak lama lagi, dia hampir buntu mengenangkan nasib dan ujian yang hadir.

“Selama ini dengan IG jugalah saya menjana pendapatan dan beroleh rezeki menjual produk keluaran sendiri, by RCW.

“Saya juga melakukan ulasan promosi produk di platform sama. Tapi sudah jadi begini, siapa yang tak sedih. Kini buat sementara waktu, saya guna platform media sosial lain seperti TikTok,” katanya.

Che Ta yang pernah meledak menerusi watak Kiah Pekasam berkata, hingga kini dia tidak putus harap berdoa semoga dapat kembali memiliki akaun IG berkenaan.

“Tak mampu bayangkan jika akaun IG itu ‘lesap’ begitu saja. Sehingga kini IG saya sudah mempunyai 5.2 juta pengikut. Dari kerendahan hati dan diri, saya berharap akaun IG itu akan saya perolehi semula.

“Kalau ada pihak yang boleh membantu saya mendapatkan semula akaun IG itu, saya amat hargai. Mungkin mereka boleh hubungi kawan saya atau menghantar mesej langsung ke akaun IG anak, suami atau teman rapat saya,” katanya. – 20 September, 2023

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related