KUALA LUMPUR – Nampaknya, penyanyi Ariana Grande mengikut jejak langkah teman lelakinya, Ethan Slater kerana dia juga secara rasmi memfailkan perceraian daripada suaminya, Dalton Gomez yang dikahwininya selama dua tahun.
Peguam Ariana, Laura Wasser yang memfailkan perceraian Ariana pada Isnin dalam kenyataannya memberitahu bahawa perbezaan pendapat adalah punca pasangan tersebut bercerai.
Dalton kemudian mengikut memfailkan pula perceraian bagi pihaknya.

Namun pasangan itu mempunyai perjanjian pranikah dan tarikh perpisahan mereka ditetapkan pada 20 Februari 2023.
Berita mengenai pemfailan penceraian pasangan itu muncul di saat hangatnya percintaan Ariana dengan pasangan lakonannya, Ethan Slater.
Kedua-duanya bertemu pada penghujung 2022 semasa menjayakan filem adaptasi drama Broadway yang akan datang.
Ethan kemudian memfailkan cerai ke atas isterinya, Lilly Jay yang dikahwininya pada November 2018 pada Julai tahun ini.
Kedua-duanya merupakan pasangan kekasih sejak zaman persekolahan dan menyambut kehadiran cahaya mata pertama tahun lalu.
Baik Ariana mahu pun Dalton, kedua-dua mereka masih belum mengulas secara terbuka mengenai perceraian mereka. – 19 September, 2023