Ramai kata nama saya ‘tak in’ dan ‘old school’ tapi sebenarnya aset: Sarimah Ibrahim

Che Puan Sarimah Ibrahim turut memberikan kata-kata penuh motivasi dan inspirasi dalam perkongsiannya di X yang ditujukan kepada mereka yang ingin menceburi dunia seni

2:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kalau melihat nama-nama selebriti generasi baharu zaman sekarang, hampir kesemuanya berbaur moden, glamor dan canggih. Contohnya, nama adik-beradik Senrose iaitu Uqasha, Nelydia dan Raysa Rizrose.

Selebriti yang memiliki nama kemelayuan yang penuh klasik memang tidak ramai. Kalau ada pun, mereka akan menukarkannya kepada nama pentas yang lebih menarik untuk disebut atau diingati. Misalnya, adik-beradik Erma Fatima.

Nama Erma yang asal adalah Fatimah Rahmad Ali, manakala adiknya Datin Seri Umie Aida pula nama sebenarnya adalah Umi Khalsum Rahmad Ali.

Pengacara, pelakon dan penyanyi Che Puan Sarimah Ibrahim juga mempunyai nama yang kemelayuan yang cukup klasik dan dia mengakui namanya itu adalah aset utamanya.

“Salah satu aset utama saya adalah dikurniakan dengan nama yang cukup Melayu tradisional. Nama yang dulunya ramai kata tak ‘in’ sebab terlalu ‘old skool’. Tapi, tahukah anda, nama inilah yang membantu saya bangun dan kekal dalam industri kita,” katanya dalam satu ciapan di X.

Bersyukur dan bangga dengan namanya, Sarimah turut mengimbas tentang pengalamannya belajar di sekolah kebangsaan.

 “Alhamdulillah, bila saya masuk sekolah kebangsaan, bila membesar, saya fasih berbahasa Malaysia. Jangan sesekali memandang rendah pada sesiapa. Tetap merendah diri.

“Minta maaf apabila anda melakukan kesalahan. Teruskan buat lebih baik. Itulah cara anda ‘bersedia’ untuk dunia hiburan.  Mulakan dari bawah dan bekerja keras. Anda boleh lakukannya,” ucapnya sambil memberikan kata-kata penuh motivasi dan inspirasi kepada mereka yang ingin menceburi bidang seni. – 19 September, 2023

Topics

 

Popular

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related