Lagu MalamPagi jadi lagu politik waktu kempen PRN, jawapan Saixse: I’m okay!

Saixse mengakui dia sudah pun menyiapkan beberapa lagu termasuk single terbaharu yang masih lagi dirahsiakan

2:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi Saixse tidak berasa terkesan apabila lagu ciptaannya dan nyanyiannya yang viral dan mencetuskan fenomena iaitu MalamPagi dijadikan lagu politik sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) sedikit hari dulu.

Bahkan, penyanyi muda berusia 21 tahun ini mengakui terharu apabila ramai orang menyanyikan lagunya itu dengan interpretasi mereka sendiri.

Saixse malah berbangga kerana lagunya dinyanyikan mengikut interpretasi peminatnya sendiri. – Gambar PR, 15 September, 2023

“Bila sesebuah lagu itu menjadi viral, pasti ia akan dikenalpasti setiap lapisan masyarakat. Siapa yang nyanyikan dan apa niat mereka nyanyikan, itu di luar kawalan saya. Kalau diaorang enjoy, diaorang enjoylah.

“Walaupun lagu saya tu terkait dengan politik, saya okay je. Saya selesa kalau diaorang suka lagu saya dan macam yang saya katakan tadi, perkara itu adalah di luar kawalan saya,” katanya kepada Scoop.

Sepanjang kempen PRN 2023 yang lalu, pempengaruh TikTok, Yuletta Yucha telah menggunakan melodi lagu MalamPagi dengan mengubah liriknya dan lagu yang diberikan judul Vibes Anak Muda itu mengajak golongan belia menyokong PMX.

Menurut Saixse lagi, dia sebetulnya cukup bersemangat sebaik sahaja mendapat tahu bahawa MalamPagi menjadi viral dan meletup di sana sini.

“Bagi saya, MalamPagi adalah sebuah lagu yang catchy dan liriknya juga senang nak ingat. Jadi, orang senang nak hafal lagu itu. Tapi, ia juga mendapat sambutan yang baik kerana menjadi trending di TikTok.

“Apapun, kejayaan lagu MalamPagi ini membuatkan saya semakin bersemangat untuk terus berkarya dan membuat lagu,” katanya.

Begitupun di sebalik kejayaan lagu tersebut, Saixse mengakui, dia tidak akan mengulang untuk membuat genre lagu yang sama dengan MalamPagi untuk single yang akan datang.

Diam tak diam, Saixse telah menyiapkan beberapa lagu untuk single terbaharunya nanti. – Gambar PR, 15 September, 2023

“Orang yang kenal saya tahu bahawa saya tidak akan bertumpu pada satu-satu genre lagu sahaja. Mereka tahu saya akan sentiasa tampil dengan genre yang berbeza.

“Tidak semestinya MalamPagi sound macam tuh, lagu yang seterusnya juga bunyinya akan sama. Sebab, saya yang buat lagu pun akan rasa bosan kalau asyik bikin genre dan sound yang sama.

“Orang yang kenal saya tahu bahawa saya tidak akan bertumpu pada satu-satu genre lagu. Di masa akan datang saya akan tampil dengan genre lain macam R&B dan banyak lagi,” katanya.

Bercakap tentang karya lagu baharu, Saixse mengakui dia sudah pun menyiapkan beberapa lagu termasuk single terbaharu.

“Kesemua demo lagu-lagu ini pun sudah ada. Itu rahsia dan saya nak simpan rahsia itu. Bila saya keluarkan lagu-lagu itu secara tiba-tiba, saya mahu ia jadi satu kejutan kepada semua orang,” katanya. – 15 September, 2023

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

[UPDATED] Petronas confirms ongoing productivity reviews to ‘eliminate inefficiencies’

Responding to Scoop, industry giant said it aims to become ‘operationally focused, commercially agile and cost-efficient’, but did not clarify if it is linked to Petros deal

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related