Dilabel gemuk hingga menguris hati dan perasaan, Jasmin Hamid dedah puncanya cyst, hormon tidak stabil

Jasmin dimasukkan ke hospital hari ini dan pada hari ulang tahun kelahirannya esok hari, dia akan menjalani pembedahan kecil

8:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Aktres Jasmin Hamid meluahkan perasaan bahawa hatinya cukup terguris apabila menjadi mangsa ‘body shaming’ segelintir netizen tanpa mengetahui sebab di sebalik pertambahan berat badannya itu.

Jasmin meluahkan perasaannya itu di dalam satu hantaran yang dimuatnaik di Instagram miliknya hari ini.

Bahkan, pelakon jelita itu turut membuat pendedahan bahawa pertambahan berat badannya itu adalah disebabkan dia menghidap cyst.

“Sebelum ini, ramai yang kata saya dah gemuk hingga adakalanya kata-kata orang itu menguris perasaan saya tanpa bertanyakan tahap kesihatan saya dan membuatkan saya stres untuk berjumpa dengan sesiapa.

“Tidak ada siapa pun dalam dunia ini yang mahu gemuk termasuklah saya. Hari ini saya dedahkan kenapa. Saya ada cyst dan hormon saya dah huru-hara hingga terjadi pendarahan pada rahim saya.

“Jadi pada yang sesuka hati kutuk fizikal badan saya, saya maafkan,” kata pelakon drama bersiri Aku Yang Kau Sakiti ini.

Disebabkan itu, Jasmin terpaksa dimasukkan ke hospital hari ini untuk menjalani pembedahan kecil bagi membuang cyst tersebut.

Jika tidak dirawat, ia akan menyebabkan kanser rahim.

“Hari ini saya dimasukkan ke hospital dan pada hari ulang tahun kelahiran saya esok hari (15 September), saya akan jalani pembedahan kecil.

“Mohon doa dari kalian untuk Allah SWT lancarkan dan mudahkan semua prosedur pembedahan dan supaya saya bebas kanser rahim.

“Terima kasih pada yang sudi doakan kebaikan untuk saya dan saya kembalikan doa yang baik-baik juga untuk kalian.

“Moga semuanya baik-baik sahaja buat saya supaya saya boleh sambung kerja saya seperti biasa,” katanya.

Semoga semuanya akan dipermudahkan buat Jasmin Hamid dan Scoop mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-50. – 14 September, 2023

Topics

 

Popular

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

DAP not elitist: Zairil defends working-class commitment despite being in federal govt

Penang DAP vice-chairman says the party remains dedicated to social justice, pro-worker policies

Related