Aina Abdul akui sudah penat dikecam netizen gara-gara fesyen pelik

Untuk konsertnya pada November ini, Aina tidak akan memakai busana yang terlalu pelik untuk memudahkan pergerakannya ketika persembahan

4:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Penyanyi popular, Aina Abdul mengakui dirinya sudah penat dikecam netizen kerana sering memperagakan busana yang pelik.

Menurut Aina atau nama sebenarnya Nurul AIna Abdul Ghani, 30, sebagai manusia biasa, pasti dia juga terasa saat membaca komen-komen netizen di media sosial.

Khusus untuk konsertnya nanti, Aina tidak mahu tampil terlalu pelik. – Gambar PR, 13 September, 2023

“Saya sebenarnya chill sahaja. Saya kuat, Alhamdulillah. Cuma kadang-kadang ada hari yang kita akan terfikir tentang komen-komen netizen.

“Saya percaya setiap orang ada pendapat mereka masing-masing.Kadang-kadang ada yang baik untuk saya, kadang-kadang tidak. Saya akan ambil apa yang terbaik untuk saya.

“Tetapi kecaman-kecaman yang diberikan tidak memakan diri saya, cuma ibu saya yang banyak terkesan dengan komen-komen tersebut,” katanya ketika ditemui pada sidang media Konsert A Night With Aina Abdul 3.0.

Ditanya tentang busana yang akan diperagakannya sewaktu konsert yang akan berlangsung pada 18 November ini, Aina berkata untuk persembahan nyanyian, dia tidak mahu tampil terlalu pelik.

“Bila saya pakai yang ‘simple’ orang akan rindu pula saya pakai pelik-pelik. Untuk konsert kali ini kita tak akan pakai yang pelik sangat. Saya sudah cakap dengan penata gaya saya iaitu Abu yang saya hanya mahu kelihatan cantik sahaja tahun ini.

“Untuk persembahan nyanyian saya tak boleh pakai terlalu pelik kerana nanti susah saya nak menyanyi,” kongsinya.

Aina pernah dikecam ramai ketika membuat penampilan pada acara karpet merah Anugerah Bintang Popular Berita Harian pada Julai lalu kerana memakai sut bersaiz gergasi sehingga terpaksa menaiki lori untuk ke acara tersebut. – 13 September, 2023

Topics

 

Popular

Summoned five times: Nazri Aziz on facing US State Dept on Palestine, global issues

Former envoy shares how he used facts and United Nations’ principles to defend Malaysia’s independence

How will M’sia recoup US$248 mil from Riza Aziz after 1MDB suit withdrawal?: Guan Eng

Putrajaya, which entered a deal with Datuk Seri Najib Razak’s stepson as part of a global settlement on 1MDB asset recovery, must explain the public interest matter

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related