Shila Amzah kembali aktif di media sosial sehari selepas umum mahu undur diri

Pada Ahad lalu, Shila telah membuat pengumuman ingin mengundurkan diri buat seketika dari media sosial kerana merasakan ia adalah tempat toksik untuknya

2:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Penyanyi popular, Shila Amzah dilihat kembali aktif di akaun Instagramnya sehari selepas mengumumkan ingin mengundurkan diri seketika dari media sosial.

Pada Ahad lalu, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 33, mengumumkan ingin berehat sebentar dari media sosial yang disifatkannya sebagai tempat yang toksik.

Ahad lalu, Shila Amzah mengumumkan ingin berehat sebentar dari media sosial yang disifatkannya sebagai tempat yang toksik – Tangkapan layar, 13 September, 2023

“Saya akan pergi seketika dari media sosial. Ia telah menjadi tempat yang toksik untuk saya berada. ‘So chow for now’. Jaga diri semuanya,” tulisnya.

Namun pada Selasa dia dilihat kembali aktif di Instagram dengan memuat naik foto bersama penyanyi Singapura, Aisyah Aziz. Dia juga dilihat aktif membalas pertanyaan dari pengikutnya di Insta Story.

Bagaimanapun, ruang komen untuk gambarnya telah ditutup.

Disebabkan itu ada netizen yang telah bertanya mengapa dia kembali aktif selepas membuat pengumuman untuk undur diri. Shila dilihat telah menjawab pertanyaan tersebut di bahagian Insta Story.

Ada netizen yang telah bertanya mengapa Shila Amzah kembali aktif selepas membuat pengumuman untuk undur diri. Dia dilihat telah menjawab pertanyaan tersebut di bahagian Insta Story – Tangkapan layar, 13 September, 2023

“Adakah ia menyeronokkan untuk mengejek orang lain? Tidak ada akal budikah? Adakah anda membesar di dalam persekitaran yang sangat teruk sehingga awak menjadi seorang pembuli di media sosial?

“Saya tak akan menyalahkan ibu bapa awak. Kurangnya adab awak menyerlahkan kecetekan akal awak,” tulisnya.

Terdahulu, Shila dikatakan membuat keputusan untuk berehat seketika dari media sosial selepas penampilannya dikecam teruk oleh netizen sewaktu membuat persembahan di Konsert Hausboom Music 2023 hujung minggu lalu.

Pakaian yang dipakai pelantun lagu Patah Seribu itu dikatakan terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk tubuhnya serta tidak sesuai dengan imejnya yang berhijab dan bergelar isteri orang. – 13 September, 2023

Topics

 

Popular

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related