Kerana babak dalam air deras, Nazeera Sardi hampir tolak tawaran berlakon filem Pagari Bulan

Nazeera memaklumkan sebab lain dia menolak adalah disebabkan bimbang tidak mampu menguasai loghat Kelantan serta melakukan babak aksi dengan baik

10:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon Nazeera Sardi mendedahkan dia hampir menolak tawaran berlakon daripada Raja Mukhriz kerana filem karya terbaharu pengarah filem tersebut iaitu Pagari Bulan banyak melibatkan babak penggambaran di kawasan air yang deras.

“Saya memang ada anxiety bila melibatkan air sebab pernah mengalami trauma abila bot yang saya naiki terbalik. Walaupun airnya tidak dalam, saya tidak pandai berenang dan bila kaki saya tak dapat jejak ke tanah, ia membuatkan saya rasa takut dan kesannya masih lagi terasa sampai sekarang.

“Sebab lain saya menolak adalah disebabkan bimbang tidak mampu menguasai loghat Kelantan serta melakukan babak aksi dengan baik.

“Sebab watak Bulan yang saya pegang dalam filem ini adalah watak terakhir yang dicari. Saya bimbang tidak mampu membuat persiapan yang baik dalam tempoh yang singkat, apatah lagi ia watak teraju utama.

“Saya takut, kalau saya ambil nanti, ia akan menjejaskan keseluruhan cerita dan perjalanan filem ini dan kalau saya buat juga, saya takut saya tak mampu memberikan yang terbaik,” katanya kepada Scoop.

Bagaimanapun, kata Nazeera, sekali pun telah menjelaskan dia tidak mampu menggalas watak Bulan, namun dia telah dihubungi semula oleh Raja Mukhriz.

“Abang Mukhriz hubungi saya. Dia cakap kau buat. Apa yang tak boleh, kita bincang. Saya terharu dengan kepercayaan abang Mukhriz kepada saya. Kalau dia boleh yakin dan dengan diri saya, kenapa saya boleh percaya dengan diri saya sendiri untuk pegang watak Bulan?

“Jadi, dalam jangka masa yang pendek, saya telah memberikan usaha yang lebih dan berganda-ganda untuk buat persiapan. Misalnya, untuk kelas bahasa Kelantan, saya dah terlepas mengikutinya. Tapi, saya telah mengambil inisiatif sendiri untuk memanggil kawan saya dari Kelantan yang pekat loghatnya dan memang tidak pandai cakap KL untuk datang ke rumah.

“Kita sama-sama belajar, cuba terjemah dialog dalam bahasa Kelantan dan belajar bercakap loghat Kelantan dengan betul. Mula-mula belajar, memang terasa pelik. Tapi, lama-lama saya rasa macam menarik pula.

“Malah, bila kita buat penggambaran filem Pagari Bulan di Besut atau di kawasan Kelantan, dengan sendiri kita bercakap loghat Kelantan dengan orang sekeliling. Macam kita pula yang macam mereka. Lagi satu, kat dalam team ini pun ada juga orang Kelantan. Contohnya, yang jadi ayah saya dalam filem ni. Dia pun banyak membantu,” katanya. – 12 September, 2023

Topics

Popular

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

Islam larang tegur raja, pemerintah tanpa adab, taat setia bukan perkara main-main: Mimbar

Taat setia kepada raja, pemerintah, pemimpin dan ketua harus ditunjukkan sebaik mungkin, malah bukan perkara main-main yang boleh dipandang sebelah mata.

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related