Tak kisah murah, Feeya Iskandar bergaya pakai ‘spek hitam’ RM2.30

Penyampai radio itu berkata, setiap orang mempunyai selera masing-masing dalam bergaya

1:38 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyampai radio Suria FM, Feeya Iskandar atau lebih mesra dengan panggilan Cik Piah mengakui tidak kisah memakai kaca mata hitam berharga RM2.30.

Menerusi hantaran dimuatnaik Feeya atau nama sebenarnya Nor Shafiza Iskandar Azizan, 34,  di Instagram miliknya, dia dilihat bergaya bersama kaca mata hitam yang baru dibelinya itu.

“Lawa juga spek (kaca mata) yang dibeli di kedai RM2 ini tadi. Tak rugi beli,” tulisnya di bahagian kapsyen.

Menurut  Feeya, dia tidak kisah tentang harga murah, asalkan sesuatu yang dibelinya itu cantik dan praktikal.

“Di zaman ekonomi kita yang tidak memberangsangkan ini, apa salahnya jika saya beli barang yang murah tetapi masih kelihatan cantik apabila dipakai. 

“Mungkin ada sesetengah orang berpendapat biar ‘papa kedana, asalkan  bergaya’. Tetapi bagi saya, kalau barang itu cantik dan murah, lagi saya suka.  

“Kadang-kadang orang tak tahu pun harga barang yang kita pakai tu murah atau tak. Macam kaca mata hitam yang saya pakai ni, saya beritahu sahaja yang saya beli di kedai RM2.30,” katanya kepada Scoop. 

Tambah ibu kepada tiga cahaya mata ini lagi, setiap orang mempunyai selera masing-masing dalam  bergaya.

Bagaimanapun, Feeya menitipkan pesanan kepada orang ramai agar berpada-pada dalam berbelanja supaya tidak membebankan diri di kemudian hari.

“Bukan semua barang saya beli di kedai RM2.30. Ada juga barang saya yang mahal. Tetapi kenalah bijak untuk suaipadankan.

“Cukup sekadar satu atau dua tas tangan berjenama. Yang lain saya lebih selesa bersederhana,” katanya.  – 11 September, 2023

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Related