KUALA LUMPUR – Setelah lama mendiamkan diri akhirnya penyanyi Datuk ND Lala mendedahkan bahawa perceraiannya dengan ibu kepada Shila Amzah iaitu Fauziah Saman itu tercetus disebabkan permintaan daripada bekas isterinya yang menolak untuk dimadukan.
Pendedahan secara rasmi itu dibuat oleh ND Lala atau nama sebenarnya Amir Amzah Salleh, 62, menerusi satu hantaran video yang dimuatnaik di Instagram miliknya, sebentar tadi.
“Memang benar saya telah menikah dnegan Siti Munirah Bt Abdul Ghani. Memang benar bekas isteri saya tidak setuju berpoligami. Memang benar telah banyak kali bekas isteri saya mengugut, mendesak, meminta saya menceraikannya.
“Memang benar ini bukan satu keputusan yang mudah. Setelah 34 tahun kami menikah dan Allah SWT telah anugerahkan kami 4 cahaya mata,” katanya.
Menurut ND Lala lagi, disebabkan enggan berpoligami, dia telah menunaikan permintaan Fauziah untuk dilepaskan.
“Memang benar saya telah melafazkan cerai terhadapnya pada 2 ogops 2023 di Masjid AR Rahman Bangsar, Kuala Lumpur. Memfailkannya di mahkamah pada 7 Ogos 2023 dan memberi audio lafaz cerai kepada bekas isteri saya pada 8 ogos 2023 melalui aplikasi Whatsapp. Mahklamah juga telah sahkan perceraian kami pada 5 September 2023.
“Saya tidak mahu mengulas apa yg terjadi di antara kami sehingga membawa kepada perceraian kerana itu adalah hal peribadi. Apabila kita menggunakan pertimbangan akal dan bukan emosi, kita akan faham.
“Sekiranya berlaku pergaduhan suami iseri dan tidak dapat diselesaikan, platform yang betul untuk mengadu atau untuk dirujuk adalah pejabat agama. Dan, keabsahannya diputuskan mahkamah.
“Tiada keperluan untuk kita mengadu dan meluahkan perasaan pada org lain. Tiada keperluan untuk kita mengadu, meluahkan persaan kita pada kawan-kawan atau pasangan kita dan lebih buruk apabila kita mengadu dan meluahkan perasaan kita di media sosial dan wartawan.
“Tiada keperluan untuk kita berbuat demikian. Netizen dan wartawan tidak boleh berikan solusi. Diaorang tak dapat selesaikan masalah rumhtangga. Yang kita cari adalah solusi bukan sensasi. Kecuali kita nakkan publisiti untuk raih simpati.
“Tapi takpelah apa yang terjadi telah terjadi. Saya percaya padar Rukun Iman. Saya percaya pada qada dan qadar. Ini bahagian saya. Saya reda. Saya percaya perancangan Allah jauh lebih baik. Saya percaya dengan rahmat Allah. Pasti ada kebaikannya untuk kami berdua di masa akan datang.
“Hakikatnya bermula 2 Ogos 2023, perkahwinan kami (dengan Fauziah) telah pun berakhir. Jadi untuk itu, tiada keperluan lagi untuk membicarakan lagi tentang perkahwinan kami kerana kami bukan lagi suami isteri,” katanya.
Jelas ND Lala, pendedahan itu dibuat kerana terdapat usaha yang dibuat untuk memalukan dirinya, menjatuhkan maruahnya, menjatuhkan maruah keluarganya, reputasi dan juga kerjayanya.
Untuk rekod, ND Lala mendirikan rumahtangga dengan Fauziah pada tahun 1989. Pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nurshahila atau Shila Amzah, 33, Amir Syafiq, 30, Amir Syahir , 28 dan Nur Syuhada atau Syada Amzah, 25. – 8 September, 2023