Pernah jumpa wanita yang dakwa anaknya perosak rumah tangga, Abby Abadi nafi pernah junjung Al-Quran

Pendedahan itu dibuat Abby Abadi menerusi IG Story miliknya, namun tidak menyatakan tarikh pertemuan mereka

2:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Pelakon dan penyanyi Abby Abadi mengakui pernah bertemu dengan wanita yang mendakwa anak perempuannya, Marrisa Dania Hakim, 18, mempunyai hubungan skandal dengan suaminya.

Pendedahan itu dibuat Abby Abadi menerusi IG Story miliknya, namun tidak menyatakan tarikh pertemuan mereka.

“Ya, memang kami dah jumpa dan waktu itu baru dimaklumkan hal ini,” dedah Abby selepas isu hubungan sulit melibatkan Marissa dengan suami wanita berkenaan menjadi tular di platform media sosial X (dahulu dikenali sebagai Twitter).

Pendedahan dibuat Abby Abadi menerusi IG Story miliknya, namun tidak menyatakan tarikh pertemuan mereka. – Gambar Insta Story Abby Abadi, 8 September, 2023

Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 46, berkata, dia hanya dimaklumkan tentang cerita sebenarnya pada hari perjumpaan dengan wanita tersebut.

“Tapi, bila bercerita kata kami datang berjumpa untuk minta maaf? Apa tu? Malas nak cakap. Jadi geram dengan perangani manusia ni,” katanya dalam hantaran yang dimuat naik di IG Story miliknya.
Abby juga turut menyangkal dakwaan pihaknya pernah bersumpah dan menjunjung Al-Quran seperti yang didakwa.

“Siapa yang bersumpah dan junjung Al-Quran? Yang Pasti bukan dari pihak kami ya? Nak bercerita tuh bagi jelas. Jangan buat orang tertanya-tanya dan bersangka-sangka,” katanya.

Percubaan untuk menghubungi Abby bagi mendapatkan penjelasan lebih lanjut berhubung dakwaan skandal tersebut itu tidak berjaya. – 8 September, 2023

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related