Akhirnya Puteri Sarah dedah identiti tangan lelaki dalam Instagram miliknya: ‘dia pelakon Indonesia’

Menurut Puteri Sarah, lelaki berkenaan juga merupakan rakan kongsi perniagaannya yang akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi

2:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Pelakon Puteri Sarah Liyana akhirnya mendedahkan identiti pemilik gambar tangan seorang jejaka yang telah dimuatnaik di akaun Instagram miliknya baru-baru ini.

Menurut Sarah, individu berkenaan merupakan seorang pelakon dari seberang dan juga rakan kongsi perniagaannya yang akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.

Jejaka misteri yang sedang hangat dikaitkan dengan Puteri Sarah ketika ini adalah aktor Indonesia, Andi Arsyil. – Gambar media sosial, 7 September, 2023

“Namanya, Andi Arsyil dan dia adalah pelakon Indonesia yang juga seorang ahli perniagaan. Jadi, sekarang kami bekerjasama menjalankan perniagaan produk penjagaan wajah dan tudung kerana dia berhasrat meluaskan bisnes itu di Malaysia.

“Kami kenal sewaktu kunjungan saya ke Jakarta beberapa bulan lalu atas urusan kerja. Buat masa ini, kami berhubungan baik untuk sama-sama memberi fokus terhadap perniagaannya.

“Kebetulan, kami juga memang ada minat yang sama dalam bidang perniagaan,” katanya sewaktu ditemui pada sidang media teater muzikal kanak-kanak Pak Pandir dan Labu Ajaib.

Ditanya tentang status jejaka berkenaan, kata Sarah, Andi masih bujang dan dia tidak akan sesekali berkawan rapat dengan lelaki yang sudah berpunya.

“Takkan saya nak kacau orang punya. Mestilah dia masih bujang. Gambar yang saya muat naik itu pun ketika kami makan malam bersama. Biasalah makan bersama dengan rakan perniagaan,” jelasnya.

Terdahulu, tular di media sosial gambar tangan ‘lelaki misteri’ yang dimuat naik Sarah di Instagram. Rata-rata netizen mula membuat spekulasi bahawa lelaki berkenaan adalah pelakon dari Indonesia. – 7 September, 2023

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

MCMC recorded nearly 9,500 reports on cyberbullying in the last three years

Online scams are just behind with 9,321 complaints; 143 reports on child sexual content

Related