KUALA LUMPUR – Lebih 70 buah lukisan termasuk lima lukisan yang dihasilkan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz sedang dilelong untuk tujuan amal dalam pameran seni Art4Good.
Pameran seni yang sudah pun berlangsung dari 1 September hingga 9 September ini diadakan dengan tujuan untuk membantu mengisi dana tabung untuk beberapa persatuan kebajikan.
Rafidah sendiri akan melancarkan pameran seni tersebut di Bangsar Shopping Complex, Kuala Lumpur pada malam ini. Tarikh untuk pelelong yang berjaya berjaya membida dengan harga paling tinggi akan diumumkan pada 10 September dan akan dihubungi secara terus oleh pihak penganjur. – 6 September, 2023