Berbeza agama, Rizky Febian minta agama bakal isteri tidak diperdebat, ‘doakan urusan pernikahan kami dipermudah’

Menurut Rizky, dia keberatan berbicara soal perbezaan agama di antara dirinya dan Mahalini kerana ia soal sensitif

5:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi Indonesia terkenal, Rizky Febian mengakui agak keberatan berbicara soal agama bakal isterinya yang juga seorang penyanyi, Mahalini.

Rizky atau nama sebenarnya Rizky Febian Adriansyah Sutisna, 25, berkata, agama adalah isu sensitif untuk diperkatakan.

“Sebenarnya soal ini (agama) kami sudah berbincang. Saya mohon doa semua orang agar diberikan kelancaran.

“Bukannya saya tidak mahu ulas soal ini, tetapi bagi saya ia sensitif. Namun saya bertuah kerana kedua-dua belah keluarga dapat menerima di antara satu sama lain,” katanya ketika ditemui di sidang media konsert  ‘An Album Live Concert, Berona Day’.

Berbicara soal konsertnya yang diadakan 3 November depan, kata Rizky Febian, dia sangat gembira setiap kali dapat menghiburkan peminat di Malaysia – Gambar Scoop, 5 September, 2023

Ditanya adakah dia sudah mula mengajar tunangnya mengenai ajaran Islam, pelantun lagu Cuek ini memaklumkan, dia cuba menunjukkan contoh sebagai Muslim menerusi tingkah laku seharian.

“Secara peribadi, saya tidak mahu terlalu memaksa dia, kerana perkara ini berkaitan hati nurani. Biarlah waktu menentukan. Saya juga jelaskan kepada dia mengenai diri saya dan bagaimana tanggapan dia terhadap saya,” jelasnya yang dijangka melangsungkan pernikahan tahun hadapan.

Berbicara soal konsertnya yang diadakan 3 November depan, kata Rizky, dia sangat gembira setiap kali dapat menghiburkan peminat di Malaysia.

“Ini konsert saya yang kedua seumpamanya di Malaysia. Julai lalu saya turut terbabit sebagai penyanyi undangan konsert Rossa.

“Sebelum ini, konsert pertama saya berlangsung di Zepp Kuala Lumpur. Tetapi tiket habis dijual dalam masa sehari. Kali ini kita adakan di tempat lebih besar di Megastar Arena, Kuala Lumpur yang boleh memuatkan kira-kira 5,000 penonton. Dua kali ganda lebih ramai daripada lokasi terdahulu.

“Konsert ini juga adalah konsert untuk mempromosikan album kedua saya berjudul Berona,” katanya.

Bertemakan cinta yang diambil dari album Berona, konsert ini bakal berlangsung hampir dua jam dengan 15 lagu yang akan dipersembahkan di mana Rizky bakal tampil dengan cara nyanyian sedikit berbeza dan lebih dewasa.

Tiket konsert dibawakan khas Hitman Solutions ini akan mula dijual 7 September 2023 pada jam 12 tengah hari di laman sesawang, www.hitmanlive.com.

Harga tiket bermula dari RM179, RM199  dan RM399. – 5 September, 2023

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Lelaki Itu bongkar konflik rumah tangga, penonton juga alami perkara sama: Sarimah Ibrahim

Isu kesihatan mental yang cuba diangkat dalam drama bersiri Lelaki Itu antara faktor utama artis versatil, Che Puan Sarimah Ibrahim bersetuju membawakan watak sebagai Sharifah Qaidah.

Related