Suhaimi Sulaiman mohon maaf pada dua peserta cilik Bintang Kecil RTM 2023

‘Azam sebagai pengacara cuba untuk membetulkan keadaan, tetapi agak terlambat kerana lampu itu menyala agak lama di atas Farha’: Suhaimi

7:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman memohon maaf susulan insiden tersalah umum nama pemenang pada program Bintang Kecil RTM 2023, malam tadi, hingga mencetuskan kritikan ramai.

Suhaimi menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagramnya memaklumkan kejadian itu berlaku akibat masalah teknikal melibatkan lampu di atas pentas.

“Mesej ini pak cik tujukan khas kepada adik Kiki dan Farha yang merupakan pemenang tempat pertama dan kedua Bintang Kecil RTM 2023 yang berlangsung semalam.

“Pak cik tahu perasaan Kiki dan Farha agak tertekan kerana fomat kita, lampu akan menyala di atas pemenang. Kiki memenangi pertandingan semalam.

“Tetapi lampu itu menyala di atas Farha. Azam sebagai pengacara cuba untuk membetulkan keadaan, tetapi agak terlambat kerana lampu itu menyala agak lama di atas Farha. Lampu itu tidak dapat bergerak akibat tersekat.

“Perkara itu telah menyebabkan tekanan. Pak cik yang berada di situ juga dapat merasakan tekanan itu. Jadi pak cik minta maaf bagi pihak RTM. Akhirnya kita telah selesai pertandingan ini. Pak cik mendoakan kejayaan Kiki dan Farha. Kalau ke Angkasapuri, datang ke pejabat pak cik,” katanya dalam video itu.

Sebelum ini, pengacara Bintang Kecil 2023 iaitu Sweet Qismina dan Azam Pitt menerima kecaman hebat daripada netizen selepas mereka mengumumkan nama pemenang yang salah pada program yang disiarkan secara langsung dari Kuching, Sarawak itu.

Kedua-duanya kemudian telah meminta maaf dan kesal dengan kesilapan teknikal yang tidak dapat dielakkan sewaktu bersiaran. – 4 September, 2023

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related