Wardina Safiyyah terima menantu

Wardina telah berkongsi berita gembira mengenai perkahwinan anak sulungnya, Amna Nafeesa menerusi hantaran di akaun Instagram

1:42 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Bekas pelakon dan pengacara, Wardina Safiyyah telah menerima menantu apabila anak sulungnya, Amna Nafeesa, 20, menikah dengan jejaka pilihan hati bernama Yusuf.

Wardina atau nama lengkapnya, Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot, 44, yang kini menetap di Australia berkongsi berita gembira itu di akaun Instagram miliknya.

“Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. Seperti yang semua tahu, saya jarang berkongsi tentang kehidupan peribadi saya pada umum. Walau bagaimanapun, saya ingin berkongsi berita gembira dan memohon doa kalian semua buat anak saya iaitu Amna dan menantu saya, Yusuf.

“Saya sangat bersyukur kepada Allah untuk segala pemberianNYA. Hati saya kini sangat tenang. Saya dirahmati dengan menantu, besan, ahli keluarga, sahabat handai dan masyarakat setempat,” tulisnya di bahagian kapsyen.

Pelakon sitkom Spanar Jaya ini juga sempat menitipkan ucapan buat anak dan menantunya dan meminta agar anak kesayangannya itu dijaga dengan baik.

“Kepada Yusuf, kamu telah membawa banyak keberkatan ke dalam hidup kami dan orang di sekeliling kamu. Semoga Allah terus memberkatimu dan keluargamu. Jagalah dan kasihilah anakku, Amna. Dia kini berada dalam jagaanmu. Semoga Allah mengurniakan kehidupan yang sangat indah buat kalian. Kami akan sentiasa berada di sini buat kalian,” tulisnya.

Beberapa selebriti popular dilihat telah meninggalkan ucapan tahniah kepada Wardina di bahagian komen antaranya ialah Che Puan Sarimah Ibrahim, Puan Seri Normala Samsuddin dan Sharifah Shahirah. — 4 September, 2023

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related