Dimarah setiap hari di set penggambaran, Ahirine akui hampir putus asa

Ahirine melakonkan watak Ana dalam filem Tebus

9:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon muda sedang meningkat naik, Ahirine Ahirudin mendedahkan dia dimarahi setiap hari oleh pengarah Jason Chong sepanjang penggambaran filem Tebus.

Bergandingan bersama Aedy Ashraff dan Azhan Rani, Ahirine melakonkan watak Ana dalam filem aksi tersebut.

“Sebagai pendatang baru, saya akui saya masih punya banyak kelemahan. Tapi tak sangka setiap hari, setiap babak saya dimarahi Jason ketika di set penggambaran.

“Pada minggu pertama saya rasa hampir putus asa. Mungkin watak ini bukan untuk saya. Tambahan pula badan saya sakit-sakit kerana melakukan babak aksi.

“Tetapi bila saya fikirkan semula, jika saya tidak dimarahi mungkin saya tak tahu di mana silap saya,” katanya ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Tebus.

Bercerita mengenai gandingannya bersama Aedy Ashraff, jelas Ahirine, dia dan pelakon kacak itu serasi bersama. – Gambar media sosial, 30 Ogos, 2023

Namun Ahirine berkata, sebagai persediaan untuk menjayakan watak dalam filem itu, dia turut mendapat tunjuk ajar daripada pelakon berpengalaman seperti Datuk Fauziah Nawi dan Pekin Ibrahim.

Bercerita mengenai gandingannya bersama Aedy Ashraff, jelas Ahirine, dia dan pelakon kacak itu serasi bersama.

“Kami memang rapat di set. Penggambaran dilakukan selama hampir sebulan di Sarawak. Jadi kami telah bina chemistry (keserasian) bersama. Bukan sahaja dengan Aedy, tetapi juga dengan Idan.

“Pada mulanya mungkin ada sedikit perasaan kekok terutamanya babak romantis. Ketika babak berpelukan bersama Aedy, pengarah minta saya buat semula kerana dia kata pelukan saya seperti jantan,” katanya.

Filem Tebus akan mula ditayangkan di platform penstriman digital Prime bermula esok. – 30 Ogos, 2023

Topics

 

Popular

RM13 bil Penang Mutiara Line LRT to boost connectivity, set for 2031 completion

The 29.5-kilometre line with 21 stations aims to enhance travel across Penang and drive economic growth

OCM targets new Olympic House in Bkt Jalil ahead of 2027 SEA Games

The Olympic Council of Malaysia plans to relocate from Wisma OCM to a new five-acre headquarters in Bukit Jalil, aiming for completion before hosting the SEA Games in 2027

DBKL slices up Havoc Food Festival in Setapak as traffic complaints boil over

Nik Nazmi steps in after residents complain of congestion, authorities shut down unlicensed event

Related