Pesan Diva AA pada orang yang hantar sihir teruskan kekal sebagai musuh!

Menurut Diva AA, musuhnya sejak azali adalah dari kalangan artis-artis yang tidak kenang budi dan perasan ‘tersohor’

10:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Pengacara sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA mengakui dia tidak dapat berbuat apa-apa jika masih ada segelintir rakan-rakan artis yang masih mahu memusuhi dirinya hingga ke saat ini.

Menurut Diva AA, musuhnya sejak azali adalah dari kalangan artis-artis yang tidak kenang budi dan perasan ‘tersohor’.

Azwan Ali atau lebih popular dengan panggilan Diva AA berkongsi bagaimana dia menjalani rawatan ruqyah selepas mengesyaki dirinya disihir. – Gambar Diva AA, 29 Ogos, 2023

“Padahal, mereka inilah yang saya kutip sebagai artis undangan dalam banyak produksi saya sebelum ini iaitu Azwan Ali Production. Termasuklah ‘sempudal’ yang mensihirkan saya. Sebab itu, saya bagi tahu teruslah kekal sebagai musuh.

“Saya juga takkan berjumpa dengan mereka dalam mana-mana produksi lagi selepas ini. No more!. Orang kalau dah benci, mereka tetap akan bencikan kau dunia akhirat. Bahkan, mereka akan buat apa sahaja untuk menyakitkan hati kau.

“Jadi, sekarang ini, Diva AA nak jadi macam Nad Zainal. Nak jumpa dengan puaka-puaka ini di alam lain. Diva AA dah terlalu masak dengan gelagat artis-artis yang bongkak, lupa diri dan tergamak mensihir Diva AA.

“Tapi dengan kuasa Allah, berbilion orang tampil ke hadapan untuk membantu penyakit sihir saya. Bahkan, ramai juga artis-artis yang menghubungi dan bertanya dan mengambil berat akan keadaan saya. Antaranya Datuk Fauziah Nawi.

“Insya-Allah, pada usia 57 tahun ni, Diva AA sihat walafiat. Tapi, gara-gara serangan sihir dari Siam yang dahsyat, Diva AA lemah longlai macam usia 100 tahun.

“Tapi itu minggu lepas, hari ini, saya dah sihat. Cuma saya lemah lagi. Sedang dalam proses untuk pulihkan diri. Healing sampai pagi, oh no… , bak lagu MalamPagi,” selorohnya sambil tertawa.

Ustad Din (kiri) dan isteri dari Pusat Rawatan Pakar Islam Al-Mujahidin di Ayer Keroh Melaka yang. – Gambar Diva AA, 29 Ogos, 2023

Diva AA turut berterima kasih kepada Ustad Din dan isteri dari Pusat Rawatan Pakar Islam Al-Mujahidin di Ayer Keroh Melaka yang sudi mengubati dirinya.

“Orang lain beratur kena ambil nombor tapi Diva AA dapat layanan istimewa.

“Apa tidaknya, sudahlah tidak perlu nombor, Ustaz Din dan isteri juga memberi laluan untuk terima saya pada Ahad lalu tanpa pesakit-pesakit lain.

“Diva AA juga mendengar pesanan Ustaz Din supaya tidak berdendam dengan mana-mana pihak,” katanya. – 29 Ogos, 2023

Topics

 

Popular

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Related