Dakwaan Puteri Sarah diganggu ahli keluarga Ira Kazar, Yusof Haslam kata ‘ia dah berlarutan…’

Yusof berkata, pada usianya sekarang, dia hanya mahu mengambil pendirian untuk tidak mencampuri perkara tersebut

10:22 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Produser dan pengarah, Datuk Yusof Haslam enggan memberikan sebarang komen berhubung dakwaan bekas menantunya, Puteri Sarah Liyana, 38, masih lagi diganggu kakak ipar Ira Kazar iaitu Wiwie Darvineda Mazweena.

“Tentang benda ni saya tak nak komen. Saya dah umur macam ni… dah veteran. Tidak manis bagi saya nak komen lebih-lebih.

“Lagipun, saya dah banyak kali cakap pasal benda ni. Isteri saya pun nasihatkan saya untuk tidak memberikan sebarang komen,” katanya ketika ditemui di majlis Anugerak TikTok, malam tadi.

Bapa kepada pengarah, Syamsul itu sebaliknya hanya mendoakan yang terbaik dan menyerahkan kepada Puteri Sarah untuk menyelesaikan perkara tersebut.

“Ia dah berlarutan dan saya serahkan pada Puteri Sarah untuk selesaikan perkara ini.  Saya hanya doakan yang terbaik.

“Tapi, kalau boleh elakkan saman-menyaman dan selesaikan dengan cara baik.  Sebab tak ke mana pun sebenarnya saman-menyaman ni,” katanya.

Mengakui pelik dengan situasi itu, Yusof berkata, dia mahu mengambil pendirian untuk tidak mencampuri isu tersebut.

“Ada orang cakap kepada saya, Datuk Yusof, jangan campurlah hal Syamsul. Datuk kena lepaskan. Dia anak muda.

“Dia tak tahu cerita sebenar. Saya dan isteri yang berada di dalam kepompong cerita itu. Tapi, apa sekalipun yang berlaku, syukur Alhamdulillah sebab Puteri Sarah dan Syamsul berpisah secara baik.

“Kami pun tak menghina mana-mana pihak dan usah juga mengatakan kami menghina pihak sana. Bagi saya biarlah Allah SWT tentukan takdir kita. Kalau takdir ini baik, Alhamdulillah akan jadi baik.

“Bagi saya, biarlah perkara ini dapat diselesaikan cara baik. Kita tak boleh lari dari ujian cabaran dan kutukan, itu perkara biasa,” katanya yang mengakui sudah sebulan tidak bertemu dengan Puteri Sarah.

Terdahulu, Puteri Sarah mendedahkan ada menerima pesanan mesej daripada peminatnya yang memberitahu wanita itu menjaja cerita meskipun sudah menarik balik saman terhadap mereka sebelum ini.

Malah pelakon drama Andai Itu Takdirnya menerusi perkongsian di media sosialnya, memberitahu dia bakal mengambil tindakan saman terhadap kakak ipar bekas madunya itu.

Tegasnya, keputusan berkenaan terpaksa dibuat kerana wanita terbabit masih bercakap buruk mengenai dirinya mesikpun tindakan saman dibuat sebelum ini sudah ditarik balik. – 28 Ogos, 2023

Topics

 

Popular

Summoned five times: Nazri Aziz on facing US State Dept on Palestine, global issues

Former envoy shares how he used facts and United Nations’ principles to defend Malaysia’s independence

How will M’sia recoup US$248 mil from Riza Aziz after 1MDB suit withdrawal?: Guan Eng

Putrajaya, which entered a deal with Datuk Seri Najib Razak’s stepson as part of a global settlement on 1MDB asset recovery, must explain the public interest matter

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related