KUMPULAN Masyarakat Sivil dan individu-individu yang bertandatangan di bawah mendesak Kerajaan Madani untuk membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen yang bersifat bebas daripada badan Eksekutif di dalam usaha mereformasi Parlimen bagi menjadikan institusi Parlimen dapat menjalankan peranannya dengan berkesan.
RUU Perkhidmatan Parlimen yang bakal dibentangkan seharusnya memberikan autonomi institusi, pentadbiran dan kewangan kepada Parlimen seiring dengan usaha Kerajaan Madani ingin memperkasa peranan institusi Parlimen khususnya sebagai medium semak dan imbang keapda kerajaan hari ini.
Berikut adalah pendirian penuh kami terhadap elemen utama yang perlu ada bagi memastikan RUU Perkhidmatan Parlimen ini mencerminkan semangat pembebasan yang sebenarnya:
- Perkara 65(4) dan (5) Perlembagaan Persekutuan harus dimasukkan semula bagi
menghidupkan kembali Akta Perkhidmatan Parlimen selaras dengan perjalanan prinsip
pengasingan tiga kuasa Kerajaan yang setaraf dalam Perlembagaan Persekutuan dan menjadi
dasar kepada sebuah negara demokrasi. Prinsip pengasingan kuasa ini akan membolehkan
institusi Parlimen, Eksekutif dan Kehakiman supaya bebas antara satu sama lain, namun tetap boleh memeriksa perjalanan tugas di antara satu sama lain. - Pindaan Perkara 65, Perlembagaan Persekutuan berhubung dengan pelantikan
Setiausaha Dewan Negara dan Setiausaha Dewan Rakyat juga harus dikembalikan semula
agar jawatan mereka ini dilindungi di bawah Perlembagaan Persekutuan serta boleh
dicadangkan pemilihan namanya oleh sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen yang bebas dan dibentuk di bawah Akta Perkhidmatan Parlimen yang baharu. - Jawatan Ketua Pentadbir Parlimen sebagai Ketua Perkhidmatan Parlimen yang dikanunkan di dalam Akta Perkhidmatan Parlimen yang baharu harus bersifat terbuka dan bebas daripada perkhidmatan awam (badan Eksekutif).
- Setelah dilantik ketiga-tiga jawatan (Ketua Pentadbir Parlimen, Setiausaha Dewan Negara dan Setiausaha Dewan Rakyat) ini, pemegang jawatan ini harus dianggap sebagai ahli perkhidmatan Parlimen. Sekiranya seseorang itu dilantik di kalangan perkhidmatan awam,
pemegang jawatan tersebut harus meletakkan jawatan di dalam perkhidmatan awam bagi
membolehkan seseorang itu dilantik sebagai ahli di dalam perkhidmatan Parlimen. - Ketiga-tiga jawatan di dalam perkhidmatan Parlimen, seperti kakitangan Parlimen yang
lain harus mempunyai kewajipan dan sikap sentiasa bersifat berkecuali di dalam melaksanakan tanggungjawab mereka semasa di dalam perkhidmatan Parlimen. - Penubuhan sebuah Majlis Perkhidmatan Parlimen yang bebas daripada campur tangan
badan Eksekutif dengan diketuai Yang di-Pertua Dewan Negara, Yang di-Pertua Dewan Rakyat
dan sekumpulan ahli Parlimen merentasi parti politik (mempunyai kuasa mengundi) dan
disokong oleh Ketua Pentadbir Parlimen, Setiausaha Dewan Negara, Setiausaha Dewan
Rakyat, wakil-wakil perkhidmatan awam, wakil perbendaharaan dan sebagainya (tidak
mempunyai kuasa mengundi). - Penubuhan sebuah Jawatankuasa Tetap Bersama (Joint Standing Committee) bagi
Pentadbiran dan Kewangan Parlimen bagi memantau serta membantu Suruhanjaya
menjalankan peranannya. Peranan Jawatankuasa Tetap Bersama ini bukan sahaja boleh
membantu menambah baik urusan pentadbiran dan kewangan Parlimen melalui semakan dan
syor cadangan penambah baikan setiap tahun, malah memastikan ketelusan dan
kebertanggungjawaban Majlis Perkhidmatan Parlimen.
Kami sekali lagi mengulangi gesaan agar Kerajaan mengambil tanggungjawab dan memberi komitmen kukuh terhadap reformasi institusi Parlimen sekali gus memperkasanya melalui sebuah Undang-undang Perkhidmatan Parlimen yang terpisah daripada campur tangan badan Eksekutif.
Akta Perkhidmatan Parlimen yang tidak memperkasakan kebebasan Parlimen yang sebenar-benarnya tidak bermakna dan hanya mengundang persoalan tentang iltizam Kerajaan Madani terhadap demokrasi dan reformasi.
Sekiranya, RUU Perkhidmatan Parlimen tidak menepati sepertimana di dalam ciri-ciri undang-undang Perkhidmatan Parlimen di peringkat antarabangsa, kami mendesak agar RUU Perkhidmatan Parlimen ini dihantar ke sebuah Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk satu semakan semula di bawah Peratuaran Mesyuarat 54, Peraturan Mesyuarat Majlis Mesyaurat Dewan Rakyat.
Kami juga mendesak agar RUU atau cadangan utama RUU ini didedahkan kepada umum untuk disemak dengan lanjut oleh pemegang taruh yang lain.
Kenyataan Bersama Oleh:
- Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)
- Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS)
- Institut Reformasi Politik dan Demokrasi (REFORM)
- Projek Kestabilan dan Akauntabiliti untuk Malaysia (Projek SAMA)
- Rasuah Busters
- Maha Balakrishnan, Pakar Runding Hal Ehwal Parlimen
- Prof. Wong Chin Huat, Saintis Politik
- Datuk Hussamuddin Yaacub
- Shah Hakim Zain
Masyarakat Sivil
- Transparency International Malaysia
- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
- Pertubuhan IKRAM Malaysia
- Agora Society Malaysia
- Allied Coordinating Committee of Islamic NGO (ACCIN)
- Architects of Diversity (AOD)
- Bait Al Amanah (House of Trust)
- Borneo Komrad
- Centre for Independent Journalism (CIJ)
- Consumer Choice Center
- Dewan Belia India Malaysia
- Development of Human Resources for Rural Areas (DHRRA), Malaysia
- ENGAGE
- Family Frontiers
- G25 Malaysia (G25)
- Gerakan Belia Sepunjabi Malaysia (GBSM)
- Greater Equitable Measures (GEM)
- Idealis Mahasiswa UTHM
- Initiative to Promote Tolerance and Prevent Violence (initiate.my)
- Institute for Research & Development of Policy (IRDP)
- Kemban Kolektif
- Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM)
- Kumpulan Penyelidik Sosial (KUPAS)
- Kuliah Buku (KUBU)
- Lawyer Kamek (Sarawak)
- Legal Dignity
- Liga Demokratik Rakyat
- Our Journey
- Pangrok Sulap
- Persatuan Aktivis Sahabat Alam – KUASA
- Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia Malaysia
- Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
- Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)
- Persatuan Martabat Untuk Semua Petaling Jaya
- Persatuan Pemangkin Daya Masyarakat (ROSE)
- Persatuan Pengundi Muda (UNDI18)
- Pertubuhan Jaringan Kebajikan Komuniti
- Pertubuhan Kebajikan Vivekananda Rembau Negeri Sembilan
- Pusat KOMAS
- Pusat Pembangunan Rakyat Mandiri (MANDIRI)
- PurpleLily Social Association Kuching
- Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
- Sinar Project
- Sisters in Islam (SIS)
- Suara Mahasiswa UMS
- Tenaganita
- The Center to Combat Corruption and Cronyism (C4 Center)
- Terengganu Strategic and Integriti Institute
- University of Malaya Association of New Youth (UMANY)
- Wanita Maju Selangor & KL
Individu
- Tan Sri Dato’ Seri Dr. Syed Hamid bin Tan Sri Dato’ Syed Jaafar Albar
- Emeritus Prof Dato Dr Shad Saleem Faruqi
- Datin Paduka Marina Mahathir
- Datuk Ambiga Sreenevasan
- Sivarasa Rasiah, Bekas Ahli Parlimen Subang
- Maria Chin Abdullah, Bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya
- Prof. Dr. Andrew Harding
- Prof. Dr. Faridah Jalil
- Prof. Terence Gomez
- Profesor Madya Dr. Khairil Azmin Datuk Mokhtar
- Rusnah Aluai, Bekas Ahli Parlimen Tangga Batu
- Nga Hock Cheh, Bekas Ahli Dewan Negara
- Cynthia Gabriel
- Dato Dr. Hartini Zainudin
- Afiqah Zulkifli
- Christopher Leong
- Cikgu Rahayu
- Danesh Prakash Chacko, Aktivis Pembaharuan Pilihan Raya
- Doris Chew
- Dr. Abdul Muqit Muhammad, Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Melayu, UM
- Prof. Madya Dr. Haslinda Mohd Anuar
- Dr. Ikmal Hisham Md Tah
- Dr. Mohammad Tawfik b Yaakub
- Jeffery Ngui Voon Chiang
- Masjaliza Hamzah
- Mayna Ramesh Patel
- Megan Steven, Pembela, Pejuang Hak Asasi Manusia
- Muhammad Syafiq Haiqal bin Supaizam
- Noor Amin bin Ahmad, Bekas Ahli Parlimen Kangar
- Rusni Tajari
- Sharmila Sekaran
- Siew Lian Hee
- Zhafir Amin