Hadi harus hentikan politik ekstrem – Ahmad Farhan

Kenyataan dikeluarkan sewaktu Muktamar Tahunan PAS ke-69, semalam secara jelas menunjukkan bahawa Presiden PAS selaku seorang agamawan tidak mencerminkan nilai sebenar Islam

2:13 PM MYT

 

SAYA menzahirkan rasa kecewa dengan kenyataan dikeluarkan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang secara sinis mendakwa kerajaan Madani seolah-olah tidak dapat disucikan lagi kerana dikelilingi bekas banduan dan perasuah.

Kenyataan dikeluarkan sewaktu Muktamar Tahunan PAS ke-69, semalam secara jelas menunjukkan bahawa Presiden PAS selaku seorang agamawan tidak mencerminkan nilai sebenar diterapkan Islam.

Seharusnya sebagai seorang agamawan, beliau perlu menguar-uarkan nilai kebersamaan, kesatuan dan kekitaan.

Ahmad Farhan berpandangan sebagai seorang agamawan, hadi perlu menguar-uarkan nilai kebersamaan, kesatuan dan kekitaan. – Gambar Bernama, 21 Oktober, 2023

Hal ini kerana agama Islam tersebar melalui penyatuan manusia yang mempunyai pelbagai latar belakang.

Lantaran itu, saya berpandangan bahawa dalam ketika kita hendak berpolitik, biarlah ia bersifat sederhana dan jangan sampai kita memecah-belahkan umat, melontarkan fitnah dan mengadu domba.

Sementelahan itu, jangan hanya kerana kita mengenakan kopiah di atas kepala dan mengemudi parti yang tertera nama Islam, kita merasakan seolah-olah pihak lain tidak suci mahupun tidak ‘Islam’ sepenuhnya.

Lantaran itu, saya ingin mengajak Hadi untuk mengkaji semula pandangan beliau dengan menghayati Firman Allah SWT dalam Surah An-Najm, 53:32, “Maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dialah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa…”

Barisan pemimpin tertinggi ketika menghadiri persidangan Muktamar Tahunan PAS ke-69, di IDCC, Shah Alam, semalam. – Gambar Alif Omar/Scoop, 21 Oktober, 2023

Demikian itu, hanya Allah SWT yang layak untuk menilai kesucian seseorang. Sebagai agamawan, beliau sepatutnya memahami lebih mendalam perihal ini.

Oleh itu, saya berharap hal ini akan menjadi pengajaran kepada semua untuk bersederhana dalam berpolitik dan tidak merendahkan pihak yang berbeza ideologi dengan kita.

Ahmad Farhan Fauzi adalah Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related