Pengeboman hospital Gaza bukti kejam terbaharu Israel melakukan jenayah perang ke atas rakyat Palestin – Shamsul Iskandar

Dunia menyaksikan kekejaman Israel serta Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah yang bersubahat melakukan jenayah perang yang tidak masuk akal ke atas rakyat Palestin

5:38 PM MYT

 

SERANGAN paling berdarah dan tidak berhati perut oleh regim Zionis Israel semalam, Selasa 17 Oktober, iaitu pengeboman Hospital Al-Ahli Al-Arabi di utara Gaza sehingga membunuh lebih 500 orang, tidak dapat diterima sama sekali oleh mana-mana manusia yang bertamadun, berakal dan punyai hati dan perasaan.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengecam kejahatan dan hipokrasi Israel, Amerika Syarikat dan sekutu mereka termasuk Kesatuan Eropah, dan percaya semua pihak yang berpegang kepada prinsip keadilan, menghormati undang-undang antarabangsa dan mempunyai nilai kemanusiaan tidak dapat menerima jenayah pembunuhan beramai-ramai atau genocide yang sedang dilakukan terhadap rakyat Palestin oleh Israel sekarang ini.

Strategi perang regim Zionis Israel terhadap Semenanjung Gaza sejak peperangan ini bermula lebih dari seminggu yang lalu bukan sahaja serangan bom tetapi hukuman secara kolektif atau collective punishment dengan memutuskan bekalan air, elektrik dan makanan.

Strategi perang regim Zionis Israel terhadap Semenanjung Gaza sejak peperangan ini bermula bukan sahaja serangan bom tetapi hukuman secara kolektif dengan memutuskan bekalan air, elektrik dan makanan – Gambar Facebook Wafa News Agency, 18 Oktober, 2023

Semalam Israel telah meningkatkan tahap serangan dengan mengebom hospital tempat merawat orang awam yang cedera dan tempat perlindungan wanita dan kanak-kanak yang dijamin selamat oleh undang-undang antarabangsa.

Semua strategi perang ini bertujuan menjadikan Semenanjung Gaza tidak boleh didiami lagi atau uninhabitable seterusnya meningkatkan lagi tekanan dan suhu peperangan di rantau berkenaan.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Presiden Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berhubung dengan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh semalam untuk menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi Malaysia kepada rakyat Palestin.

Terdahulu dalam sesi Dewan Rakyat pada Isnin lepas YAB Perdana Menteri telah memberi penerangan khas tentang situasi peperangan di Gaza serta langkah yang diambil oleh Kerajaan Malaysia ketika ini termasuk beliau yang akan pergi ke Ridayh, Arab Saudi pada hari Khamis ini.

Selain dari bantuan sebanyak RM100 juta, Kerajaan Malaysia komited untuk membantu meraih lebih banyak sumbangan bagi usaha dan operasi kemanusiaan dan perubatan untuk rakyat Gaza.

Semua strategi perang ini bertujuan menjadikan Semenanjung Gaza tidak boleh didiami lagi atau uninhabitable seterusnya meningkatkan lagi tekanan dan suhu peperangan di rantau berkenaan – Gambar Facebook Wafa News Agency, 18 Oktober, 2023

Serangan Israel ke atas Gaza kali ini dengan disokong oleh Amerika Syarikat dan sekutu mereka khususnya Kesatuan Eropah, telah membuka mata lebih ramai negara dan jutaan masyarakat dunia.

Kecaman yang dihadapi oleh Israel termasuk dari rakyatnya sendiri, serta sokongan yang diberikan kepada Palestin oleh kuasa besar dunia yang lain seperti Rusia dan China selain dari negara-negara Arab, termasuk Malaysia dan Indonesia, menunjukkan peralihan sokongan kepada rakyat Palestin.

Dunia menyaksikan kekejaman Israel dan Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah yang melakukan serta bersubahat melakukan jenayah perang ke atas rakyat Palestin yang tidak masuk akal.

Dan kini mereka berdepan dengan kemarahan masyarakat dunia tak mengira agama dan bangsa.

Parti Keadilan Rakyat akan terus berdiri teguh bersama-sama seluruh rakyat Malaysia berusaha dan berdoa agar rakyat Palestin akan akhirnya bebas dari kejahatan penjajah Regim Zionis Israel. – 18 Oktober, 2023

Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin adalah Pengerusi Biro Antarabangsa PKR

Topics

 

Popular

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Lelaki Itu bongkar konflik rumah tangga, penonton juga alami perkara sama: Sarimah Ibrahim

Isu kesihatan mental yang cuba diangkat dalam drama bersiri Lelaki Itu antara faktor utama artis versatil, Che Puan Sarimah Ibrahim bersetuju membawakan watak sebagai Sharifah Qaidah.

Related