KUALA LUMPUR – Himpunan Malaysia Bersama Palestin yang diadakan pada malam Selasa menyaksikan kehadiran peserta paling ramai iaitu 20,000 orang sejak himpunan seumpamanya diadakan sebelum ini.
Ia merupakan himpunan ke lima diadakan sejak Israel membedil Gaza pada 7 Oktober lalu.
Seawal 6 petang, orang ramai sudah berkumpul di Arena Axiata bersama keluarga dan rakan-rakan.
Ia turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selain para menteri dan kenamaan-kenamaan lain.
Penyanyi Faizal Tahir turut mempersembahkan lagu bertema kemanusiaan iaitu ‘Assalamualaikum Dunia’.
Turut menyertai himpunan ini adalah golongan belia, pelajar dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Setakat ini, 5,087 penduduk Palestin di semenanjung Gaza terkorban sejak Israel memulakan serangan. – 25 Oktober, 2023
Para peserta digalakkan merakam perhimpunan semalam untuk dikongsi bagi meningkatkan kesedaran tentang pendirian Malaysia dalam perang Palestin-Israel – Alif Omar/Scoop, 25 Oktober, 2023Stadium Axiata Arena yang mempunyai kapasiti tempat duduk berjumlah 16,000, menyaksikan bilangan peserta yang jauh lebih ramai daripada itu semalam – Abdul Razak Latif/Scoop, 25 Oktober, 2023Solat Maghrib berjemaah dipimpin imam dan qari dari Palestin, Shaykh Rami As-Sous telah disertai lebih seribu orang yang mendoakan kemerdekaan negara tersebut – Alif Omar/Scoop, 25 Oktober, 2023Himpunan Malaysia Bersama Palestin juga dihadiri ramai tetamu kehormat, termasuklah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim – Alif Omar/Scoop, 25 Oktober, 2023Peserta juga membawa sepanduk bertulis ‘Dari sungai ke samudera, Palestin akan bebas’, yang kini menjadi frasa yang sering dilaungkan dalam perhimpunan-perhimpunan solidariti – Abdul Razak Latif/Scoop, 25 Oktober, 2023Dengan kehadiran ramai peserta yang bersolidariti bersama Palestin di perhimpunan seluruh dunia, adakah Israel mula cuak? – Alif Omar/Scoop, 25 Oktober, 2023Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan beliau menerima banyak ugutan dari penyokong rejim Israel, namun Malaysia tetap tegas dengan pendiriannya – Abdul Razak Latif/Scoop, 25 Oktober, 2023Kehadiran lebih 20,000 peserta yang penuh semangat di perhimpunan semalam telah memenuhi kedua-dua kawasan tempat duduk dan kawasan terbuka Arena Axiata – Abdul Razak Latif/Scoop, 25 Oktober, 2023Kezaliman Zionis Israel ternyata tidak mengira umur, kerana bayi yang tidak berdosa juga menjadi mangsa – Sairien Nafis/Scoop, 25 Oktober, 2023Sejarah berulang lagi, ironinya, yang ditindas dahulu menjadi penindas sekarang – Sairien Nafis, 25 Oktober, 2023Nampaknya Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bukan lagi satu-satunya ‘tokoh’ yang dikecam masyarakat – Sairien Nafis/Scoop, 25 Oktober, 2023
Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil