Biarpun kemodenan merentas zaman, arang tetap jadi pilihan
Walaupun penggunaan dapur gas dan elektrik lebih cepat dan mudah digunakan, kaedah tradisional ini masih belum ‘pupus’ dan ada nilai sentimental kepada golongan tertentu
KOTA TINGGI – Penggunaan arang masih diperlukan dalam kalangan peniaga ikan bakar dan sate yang ingin mengekalkan aroma asli dalam hidangan tersebut.
Permintaan yang tinggi terhadap bahan bakar itu menyebabkan industri pembuatan arang semakin berkembang seiring peredaran zaman.
Walaupun penggunaan dapur gas dan elektrik lebih cepat dan mudah digunakan, kaedah tradisional ini masih belum ‘pupus’ dan ada nilai sentimental kepada golongan tertentu.
Jurugambar kami, Alif Omar, merakam proses pembuatan arang menggunakan teknik membakar kayu secara tradisional seperti yang masih dikekalkan di Kota Tinggi, Johor. – 11 September, 2023
Pekerja arang sedang melakukan pengasingan timbunan kayu yang telah disusun untuk proses pembakaran – Alif Omar/Scoop, 11 September, 2023Pekerja arang menjaga keadaan himpunan arang untuk memastikan arang yang dibuat sentiasa dibakar – Alif Omar/Scoop, 11 September, 2023Proses penghasilan arang daripada kayu buangan bukan sahaja rumit tetapi memerlukan kepakaran tenaga kerja yang rumit dan mencabar sehingga menyebabkan industri ini kurang diminati oleh golongan generasi baharu – Alif Omar/Scoop, 11 September, 2023Pak Nasirudin mengayak arang untuk dimasukkan ke dalam guni – Alif Omar/Scoop, 11 September, 2023Pembakaran arang di Kota Tinggi tidak menggunakan ‘gok’, seperti yang kebiasaannya digunakan oleh pengusaha arang tradisional susulan proses memasak mengambil masa panjang sehingga sebulan – Alif Omar/Scoop, 11 September, 2023Pekerja warga asing sedang membuat tapisan arang untuk dimasukkan ke dalam guni – Alif Omar/Scoop, 11 September, 2023Pak Sahitum sedang mengikat guni yang telah penuh diisi – Alif Omar/Scoop, 11 September, 2023Walaupun dilakukan secara tradisional, pengusaha mampu mengeluarkan kira-kira antara 2,500 beg arang dalam masa sebulan namun, ia masih belum cukup untuk menampung permintaan di sekitar daerah – Alif Omar/Scoop, 11 September, 2023Pekerja arang mengangkat guni yang telah diisi arang ke lori dibeli oleh peniaga luar – Alif Omar/Scoop, 11 September, 2023Meskipun pada masa ini agak sukar mencari orang yang masih menggunakan arang dalam kehidupan seharian, namun bahan bakar itu masih relevan untuk digunakan – Alif Omar/Scoop, 11 September, 2023Menurut pengusaha makanan seperti ikan bakar, kuih bakar dan sate, memasak dengan menggunakan arang lebih ‘sedap’ dan mampu menarik perhatian pembeli – Alif Omar/Scoop, 11 September, 2023Pengalaman dan kemahiran tukang masak arang akan menentukan arang yang dihasilkan berkualiti atau tidak – Alif Omar/Scoop, 11 September, 2023
Responding to Scoop, industry giant said it aims to become ‘operationally focused, commercially agile and cost-efficient’, but did not clarify if it is linked to Petros deal