Usah polemikkan tindakan PM Islamkan saudara baharu, ia bukan satu kesalahan: mufti

Sesiapa pun yang beragama Islam boleh mengislamkan saudara baharu, malah tindakan Perdana Menteri tidak perlu dipertikai mahupun dipolemikkan

1:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengislamkan seorang saudara baharu pada Jumaat lalu bukan satu kesalahan, kata Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman.

Beliau berkata, sesiapa pun yang beragama Islam boleh mengislamkan saudara baharu, malah tindakan Anwar itu tidak perlu dipertikai mahupun dipolemikkan.

“Tak semestinya dia seorang imam ke (untuk Islamkan saudara baharu), siapa-siapa pun boleh yang beragama Islam. (Jadi) tak perlu dipolemikkan, kenapa kita mesti mempertikai perkara yang baik.

“Tapi selepas itu saudara baharu itu perlulah berdaftar dengan jabatan agama di negeri dia tinggal,” katanya kepada Scoop.

Rahman berkata, dapat diislamkan oleh seorang Perdana Menteri itu juga satu penghormatan kepada saudara baharu berkenaan.

“Bukan senang ada orang nak Islamkan dia, maknanya dia (saudara baharu) yakin dan percaya… diislamkan Perdana Menteri itu perkara yang baik. Malah bukan semua orang dapat peluang diislamkan Perdana Menteri,” katanya.

Tambah beliau, sebagai muslim, kita tidak boleh melengah-lengahkan orang yang hendak masuk Islam.

“Kita ajar dia mengucap syahadah, dia memang nak sangat masuk Islam jadi kita tak boleh melewat-lewatkan niatnya itu,”katanya.

Jumaat lalu, tular rakaman video Perdana Menteri mengislamkan saudara baharu di Masjid Ar-Rahimiah, Klang, Selangor.

Dalam rakaman tersebut, Perdana Menteri dipercayai mengajar saudara baharu itu mengucap dua kalimah syahadah sebelum disambut laungan takbir oleh jemaah yang hadir. 

Semalam, bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mempertahankan tindakan Anwar itu selepas merujuk mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Beliau berkata, menjadi seorang Perdana Menteri tidak membuatkan Anwar berhenti menjalankan tanggungjawab sebagai seorang yang beragama Islam. – 22 Ogos,2023

Topics

 

Hangat

Let us not forget our unsung heroes – Ravindran Raman Kutty

We must recognise the many ordinary Malaysians doing extraordinary things

Tiong King Sing gets feet wet to aid victims as over 1,000 evacuated in Sarawak floods

Women, Family & Community Development Minister Datuk Seri Nancy Shukri says assistance was immediately mobilised on first day of Chinese New Year

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Related